Pendidikan di Maktab Mahmud adalah usaha yang berterusan untuk membudayakan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk keperibadian muslim yang sejati berasaskan akhlak Islam, kecemerlangan diri dan khalifah Allah S.W.T..Usaha ke arah ini akan melahirkan pelajar yang berjaya, beramanah dan bertanggungjawab untuk membangunkan agama dan ummah serta memakmurkan negara bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.
Visi Maktab Mahmud
Menjadikan Maktab Mahmud sebagai sebuah institusi pendidikan menengah berteraskan Islam yang unggul di Malaysia menjelang tahun 2015.
Cari artikel di sini
Makluman
Blog ini masih dalam pembinaan oleh itu segala kekurangan amatlah dikesali. Kami mengharapkan cadangan dan tunjuk ajar daripada semua warga MMPS dan ex-MMPS untuk penambahbaikan.
BPT MMPS 2010 mewujudkan blog ini dengan tujuan untuk menyampaikan berita tentang kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh warga sekolah melalui media elektronik
Memajukan pendidikan Islam peringkat menengah bagi melahirkan pelajar yang cemerlang serta seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek secara sistematik serta bersepadu berteraskan syariat Islam untuk pembangunan agama, negara dan kesejahteraan ummah.
Blog ini merupakan laman rasmi Buletin MMPS yang diletakkan di bawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Tatatertib MMPS 2010. Segala cadangan saranan boleh email kepada buletinmmps@gmail.com
0 comments:
Post a Comment