Pages

Saturday, January 30, 2010

Peperiksaan SMRAMM Ulangan

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA,Langgar 27/28 Jan. - Calon-calon yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud (SMRAMM) 2009 terpaksa untuk menduduki semula beberapa madah SMRAMM diatas sebab-sebab tertentu.

Matapelajaran ulangan tersebut ialah Tarikh Islam, Tauhid dan Tafsir.
Pada 27 Jan, mereka menduduki kertas Tauhid dan Tarikh Islam. Kemudian pada 28 Jan pula mereka manjawab kertas tafsir..

Ada sebahagian pelajar yang merungut dan ada juga yang bersemangat menjawab ketiga-tiga madah tersebut. Apapun setiap yang berlaku adalah kehendak Allah, mungkin ada hikmah di sebalik peperiksaan ulangan SMRAMM ini. Kita tunggu pula keputusan yang akan keluar nanti selepas penat berusaha..insyaAllah semua MUMTAZ..Amiiiinn

Read more...

Thursday, January 28, 2010

Temuduga Pengawas

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 26 Jan. - Banyak perkara baru yang harus disusun semula oleh sekolah selepas bermulanya sesi 2010. Perkara utama ialah Badan Pengawas dan Tatatertib.

Pengawas merupakan organisasi kedua yang paling penting dalam sekolah untuk menolong guru-guru dan pihak sekolah bagi mengawal disiplin sekolah di MMPS. Oleh sebab pengawas yang tahun lepas pergi meninggalkan sekolah ini, maka badan pengawas tidak cukup ahli untuk mengawal sekolah ini.

Pada hari ini telah diadakan pemilihan pengawas dari setiap tingkatan..di MMPS, pengawas hanya akan dilantik dari kalangan tingkatan 3, 4, 5 dan 6 sahaja. Ramai pelajar yang telah ditemuduga untuk pemilihan pengawas layak dan sesuai..pemilihan dibuat oleh guru-guru pengawas sendiri..antaranya ialah Ust Firdaus, Ustaz Abd Rahim, Ust Izuan, Ustzh Aminah, Ustzh Zuraina dan beberapa orang lagi guru.

Harapan pihak sekolah kepada pengawas yang dilantik dan pengawas yg masih menjadi pengawas sekolah dapat memberi komitmen yang jitu kepada pihak sekolah..dan cuba untuk menjaga nama baik sekolah..MMPS

Read more...

Mentor Mentee

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 24 Jan.- Berdasarkan perubahan yang dibuat oleh pihak sekolah iaitu pada minggu ketiga setiap bulan akan diadakan program mentor mentee.

Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya program ini..Pada awal pagi semua pelajar dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan..Ustaz Firdaus memberi sedikit taklimat kepada pelajar-pelajar tentang program ini dan membaca senarai guru-guru yang dijadikan sebagai mentor untuk setiap kelas..Kemudian pelajar-pelajar dilepaskan kepada mentor masing-masing..Program ini diadakan di dalam kelas sendiri pada masa pertama untuk menggantikan masa perhimpunan..

Perbincangan yang di masukkan dalam program kali pertama ini adalah tentang visi dan misi sekolah Maktab Mahmud yang mesti dicapai oleh MMPS menjelang 2015.

Puan Pengetua mengharapkan warga MMPS dapat melakukan perubahan pada tahun ini dan biarkan tahun-tahun lepas menjadi kenangan.

Read more...

Majlis Muhadhoroh

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 23 Jan. - Hari ini merupakan hari ganti persekolahan sempena 2 Ramadhan yg akan bercuti pada 12 Ogos nanti..Majlis ini merupakan majlis kali pertama yg diadakan pada tahun 2010..

Kehadiran pelajar adalah diwajibkan pada hari ini. Majlis ini diadakan bagi mencungkil bakat pelajar-pelajar ma'ahad di samping membentuk wawasan dalam diri mereka..Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi di dewan MMPS..Banyak persembahan yang disertai oleh pelajar-pelajar,antaranya ialah nasyid, pidato, sajak dan syair..setiap kelas perlu menghantar setiap wakil untuk menyertai persembahan pada hari ini..

Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancarnya dengan bantuan urusetia majlis dan pelajar-pelajar MMPS sendiri..Komitmen dalam memberi kerjasama cukup memuaskan hati guru-guru berbanding tahun lepas..Harapan semua agar majlis ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang..mungkin lebih baik daripada majlis ini..yang paling penting adalah sikap kerjasama oleh semua pihak..

Majlis Muhadhoroh ini diraikan bersama Majlis Perpisahan Cikgu Mazliza dan Cikgu Fairuz yg terpaksa dipindahkan ke Maktab Mahmud lain..Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Halim,kemudian pelajar bersalam-salaman dgn guru-guru..Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengahari..Jadikan ia sbg satu knangan majlis yg pertama untuk memulakan detik tahun 2010..

Read more...

Orientasi Tingkatan Satu 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 13/14 Jan. - Semua pelajar tingkatan satu sesi 2010 dikumpulkan untuk terlibat dalam minggu orientasi form 1 atas kerjasama Ustaz Firdaus dan guru-guru kelas tingkatan 1 serta pengawas tingkatan 6 sebagai fasilitator kepada adik-adik..

Orentasi ini berjalan selama 2 hari dgn jayanya. Program ini adalah bertujuan untuk mengenalkan pelajar-pelajar tingkatan 1 tentang Maktab Mahmud Pokok Sena dengan lebih mendalam. Di samping itu program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar tentang sejarah sekolah ini serta peraturan yg harus di ikut oleh pelajar-pelajar yang bergelar pelajar MMPS..

Ustaz Abd Rahim telah menyusun pelbagai aktiviti yg menarik. Antaranya ialah taaruf berkelompok untuk memberi keupayaan kepada pelajar-pelajar untuk berkenal-kenalan dan ikut arahan yg diberikan kpd mereka. Selepas itu,mereka diberi kump masing-masing untuk melakukan latihan dlm kumpulan bagi membincangkan kisah akibat salah pergaulan..tujuannya adalah untuk membentuk pelajar-pelajar disini drpd salah memilih kawan apabila berada di sini. Seterusnya,mereka diisi dgn satu permainan yg memerlukan semangat kerjasama dlm kumpulan.

Hari kedua program orentasi tersebut,pihak penganjur mengadakan satu explorace mengelilingi satu maktab mahmud pokok sena ini. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mendedahkan identiti maktab mahmud pokok sena kepada pelajar-pelajar. Program ini diakhiri dgn persembahan oleh setiap kumpulan.

Harapan agar pelajar tingkatan satu dapat mengubah suasana MMPS menjadi maahad yang terbaik diantara maahad. InsyaAllah..

Read more...

Monday, January 25, 2010

Pendaftaran Tingkatan 6

Maktab Mahmud Pokok Sena,Langgar,10 Jan.-Pada hari tersebut proses kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6 dari serata maahad.Secara keseluruhannya,Maktab Mahmud mengandungi 12 cawangan dan hanya 3 Maktab Mahmud yang mengambil kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6(STAM) iaitu:

Maktab Mahmud Alor Star
Maktab Mahmud Pokok Sena
Maktab Mahmud Pendang

Diantara Maahad yang terpilih untuk menyambung pengajian tingkatan 6 di Maktab Mahmud Pokok Sena ialah Maktab Mahmud Padang Terap,Kulim,Kuala Muda,Sik,Baling,Merbok dan Langkawi.Selebihnya ke Maktab Mahmud Alor Star.Maktab Mahmud Pendang hanya di khaskan untuk pelajarnya sahaja.Pendaftaran bermula pada pukul 9.00pagi bertempat di blok A,kelas masing-masing.Diantara guru-guru yang terlibat untuk menguruskan pendaftaran ialah Ustaz Abdullah b. Taib(guru kelas 6 Adil),Cikgu faradilla bt.Shamsul Tarji(guru kelas 6 Amanah),dan Ustaz Muhaizam(guru kelas 6 Arif).
Sebanyak 180 orang yang ditawarkan untuk meneruskan pengajian Tingkatan 6(STAM),tetapi hanya 133 orang yang mendaftarkan diri pada minggu tersebut.

Read more...

Friday, January 8, 2010

Program Asas Bahasa Arab 2010 telah berakhir

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 7 Jan. - Hari ini telah berakhir Program Asas Bahasa Arab 2010 yang telah berlangsung selama 4 hari. Pada akhir program semua pelajar telah diwajibkan mengikuti ujian pengukuhan sebagai penilaian kepada keberkesanan program. Ujian tersebut diadakan secara berasingan antara pelajar menengah rendah dan menengah atas, walaubagaimanapun mereka diberikan kertas yang sama.

Pelajar-pelajar yang mendapat markah tertinggi akan diberi hadiah selepas melalui ujian pengukuhan kedua pada minggu hadapan. Rata-rata guru yang ditemui menyatakan bahawa program tersebut memang baik dan wajar diteruskan tetapi biarlah teratur dan tersusun sedikit. Pihak penganjur memberi jaminan akan menguruskan dengan lebih baik pada tahun hadapan.

Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Pengumuman

Peringatan terakhir untuk pelajar-pelajar yang akan menyambung pengajian ting 6 ( STAM ) di MMPS, anda diwajibkan mendaftar diri sendiri pada 10 Jan 2010 hari Ahad ini di MMPS. Jika anda gagal berbuat demikian maka anda dianggap telah menolak tawaran untuk meneruskan pengajian ting 6 di sini. Bagi pelajar yang terlibat dengan PLKN anda juga dikehendaki mendaftar diri pada hari tersebut juga, sila bawa bersama surat PLKN semasa pendaftaran untuk urusan penangguhan.

Read more...

Taklimat Ko-kurikulum 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 6 Jan. - Unit Kokurikulum MMPS membuka tirai 2010 dengan taklimat ko-kurikulum untuk tahun 2010 yang telah disampaikan oleh PK Kokurikulum Cikgu Norbayah Bt Abd Razak di bilik mesyuarat MMPS hari ini. Dalam taklimat tersebut Cikgu Norbayah turut mengumumkan nama guru-guru yang diamanahkan untuk menjadi guru pengelola bagi setiap badan dan persatuan, kelab sukan dan unit beruniform.

Banyak pertukaran yang berlaku berbanding tahun lepas, antaranya Us Abd Halim diamanahkan menjadi guru pengelola BDK menggantikan Us Abdullah Talib, manakala Ust Abdullah Talib pula diamanahkan sebagai guru pengelola Pertinam. Us Aminuddin pula mengetuai PBSM menggantikan Us Izuan dan banyak lagi pertukaran yang diharapkan dapat merancakkan lagi aktiviti kokurikulum di MMPS sepanjang tahun ini.

Pada taklimat tersebut juga menyaksikan perlantikan SU Kokurikulum yang baru iaitu Cikgu Shahrani Bt. Salleh. Cikgu Norbayah mengakhiri taklimat pada hari ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih semua guru yang memberi kerjasama yang baik.

Read more...

Tuesday, January 5, 2010

MMPS bernafas dalam lumpur ??

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 5 Jan. - Hujan yang turun semalam menyebabkan kawasan paya yang ditimbun dengan tanah mula berair manakala kawasan sekeliling surau pula berselut. Perkara ini menyebabkan pergerakan pelajar-pelajar MMPS terganggu dan kelas-kelas mula kotor dan berhabuk akibat selut yang melekat dikasut masing-masing.

Menurut beberapa orang guru lelaki yang ditemubual oleh krew buletinmmps jika hujan turun berlarutan maka tanah yang ditimbun lebih daripada 500 lori tersebut akan mula bertukar menjadi paya kembali. Ini kerana tanah tersebut tidak mencukupi dan belum meratai semua kawasan. Guru-guru lelaki mengharapkan agar projek ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Read more...

Monday, January 4, 2010

Program Asas Bahasa Arab 2010


MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 4 Jan. - Semua pelajar-pelajar MMPS pada minggu ini akan mengikuti kursus asas Bahasa Arab 2010. Kursus ini dianjurkan oleh Badan Bahasa Arab MMPS bagi mengukuhkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Penekanan kepada hafazan dan pemahaman matan ajrumiyah pada باب معرفة علامات الإعراب yang menjadi asas utama kepada penguasaan Bahasa Arab. Kursus melibatkan semua ustaz dan ustazah di MMPS.

Program yang dijalankan secara menyeluruh dengan melibatkan semua tingkatan kecuali pelajar baru tingkatan satu. Harapan agar permulaan yang baik ini akan membuahkan hasil yang baik. Para pelajar kelihatan bersemangat dan memberi kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kursus ini akan berlangsung selama empat hari bermula pada hari isnin sehingga hari khamis ini.

Suasana hari pertama program dijalankan.

Read more...

Anugerah Pelajar Cemerlang PMR

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 4 Jan. - Hari ini telah diadakan perhimpunan di dataran MMPS bagi menyampaikan anugerah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Puan Pengetua MMPS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ust. Mahmad Zukri yang telah menaja hadiah tersebut semoga Allah sentiasa memelihara ustaz di bawah lembayung rahmatNya.
* kelihatan Ust. Mahmad Zukri di sebelah Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika musim haji baru-baru ini.

Read more...

Aspura bakal menjadi kenyataan


LORONG SYARIFAH, Jalan Sungai Mati 3 Jan. - Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena Cikgu Zaiton dan wakil dari Lembaga Maktab Mahmud En. Fadhil melawat sebuah rumah disini yang bakal dijadikan asrama putera MMPS. Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat sejauh mana perlu dibuat penambahbaikan untuk keselesaan pelajar.

Lawatan tersebut turut disertai oleh beberapa orang guru MMPS, penyelaras asrama MMPS dan En. Khalid dari lembaga MM yang mengiringi En. Fadhil. Menurut Puan Pengetua jika tiada aral melintang asrama putera yang sudah lama menjadi impian warga MMPS akan menjadi kenyataan pada bulan Mac atau April ini.
* Gambar diatas menunjukkan rumah yang bakal menjadi aspura sementara. Kelihatan di dalam gambar Us Zuhairi dan anak kepada tuan rumah tersebut.

Read more...

Hari persekolahan sesi 2010 bermula

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 3 Jan. - Warga MMPS memulakan hari persekolahan sesi 2010 hari ini dengan berkumpul di surau MMPS mendengar taklimat dan ucapan daripada Puan Pengetua Cikgu Zaiton Bt Ismail dan Penolong Kanan Akademik Cikgu Rosmaliza Bt. Abu Bakar. Ini kerana hujan yang turun renyai-renyai menyebabkan perhimpunan di dataran tidak dapat diadakan.

Cikgu Rosmaliza dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar PMR sesi 2009 yang berjaya meningkatkan pencapaian MMPS pada tahun ini. Beliau bagaimanapun tetap berbangga dengan pencapaian tersebut walaupun tiada pelajar mendapat keputusan penuh 9A.

Manakala taklimat daripada Puan Pengetua pula banyak menyentuh tentang visi dan misi yang mesti dicapai oleh MMPS menjelang 2015. Puan Pengetua dalam ucapannya mengharapkan warga MMPS dapat melakukan perubahan pada tahun ini dan biarkan 2009 menjadi kenangan.

Antara perubahan yang akan dilakukan pada tahun ini seperti mana ditegaskan oleh Puan Pengetua adalah seperti berikut :
  1. Perhimpunan hari Ahad pada minggu kedua setiap bulan akan diadakan di surau dan diisi dengan bacaan yasin, manakala pada minggu ketiga setiap bulan pula akan diadakan program mentor mentee.
  2. Semua pelajar diwajibkan beratur diluar kelas pada setiap awal pagi dan tidak dibenarkan masuk ke kelas sehingga guru masa pertama masuk ke kelas.
Banyak lagi perkara yang disentuh oleh Puan Pengetua dalam ucapannya. Perhimpunan pada hari pertama persekolahan ini bersurai dengan penyerahan pelajar kepada guru kelas masing-masing.















Khusuk mendengar ucapan Puan Pengetua.

Read more...

Saturday, January 2, 2010

Suasana MMPS

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 2 Jan. - Maktab Mahmud Pokok Sena mula berubah wajah dengan bermulanya projek timbun tanah di kawasan semak sebelah bangunan C pada cuti sekolah yang lalu. Tanah sebanyak 500 lori digunakan untuk meratakan kawasan milik sekolah tersebut. Hasil tinjauan yang dilakukan oleh krew buletinmmps mendapati kawasan yang dahulunya semak yang berair sudah menjadi kawasan lapang. Menurut Puan Pengetua di kawasan tersebut akan didirikan sebuah bangunan yang akan dijadikan asrama.


Kawasan tepi rumah warden yang sudah bertukar wajah.


Read more...

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 2 Jan. - Pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu hari ini berjalan lancar dengan kehadiran awal para waris dan guru di Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS). Sehingga jam 12.30 tengahari tadi MMPS dilaporkan menerima 48 orang pelajar untuk pendaftaran tingkatan satu, 20 orang lelaki dan 28 orang perempuan. Manakala Asrama Puteri menerima kemasukan 21 orang pelajar tingkatan satu.

Kebanyakan waris pelajar lelaki merungut ekoran ketiadaan penempatan asrama disediakan untuk pelajar lelaki tetapi pihak pengurusan sekolah memberi jaminan asrama sementara akan disiapkan pada bulan Mac nanti dan mengharapkan agar para waris dapat bersabar dan memahami masalah yang sedang dihadapi oleh pihak sekolah.


Oleh kerana tiada asrama lelaki disediakan kebanyakan pelajar lelaki yang menerima tawaran ke MMPS terpaksa menolak tawaran tersebut dan memilih untuk ke sekolah lain yang mempunyai asrama.


Guru menguruskan pendaftaran. 2 kaunter pendaftaran dibuka untuk pelajar puteri dan putera.


kaunter pendaftaran asrama puteri.

Read more...

Friday, January 1, 2010

Mesyuarat Guru kali 1

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 30 Dis. - Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena Puan Zaiton Bt Ismail memaklumkan bahawa keputusan pencapaian peperiksaan PMR 2009 menunjukkan peningkatan yang membanggakan. 5 subjek lulus 100% berbanding hanya 2 subjek pada tahun lepas, 2 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang 8A 1B. Beliau melaporkan pencapaian tersebut pada mesyuarat guru kali 1 2010. Mesyuarat kali pertama ini bermula kira-kira jam 9.15 pagi telah membincangkan beberapa perkara penting sebagai persediaan tahun 2010. Antaranya ialah tentang visi dan misi sekolah yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Mesyuarat dihadiri oleh PK Akademik Puan Rosmaliza Bt. Abu Bakar, PK HEM Ust Firdaus Zainol, PK Kokurikulum Puan Norbayah Bt Abd. Razak, guru-guru kanan dan semua guru-guru MMPS.

Dalam mesyuarat tersebut Puan Pengetua juga memaklumkan pertukaran Cikgu Siti Fairuz ke Maktab Mahmud Merbok (MMMK) dan Cikgu Masliza ke Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS) manakala 2 orang guru ditukarkan ke MMPS ialah Ust Aminuddin dari Maktab Mahmud Bandar Baru (MMBB) dan Cikgu Azian dari MMMK.

Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.



Wajah-wajah guru yang sangat bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan 2010.


Antara pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia memberi khidmat bakti kepada MMPS. Menguruskan koperasi sekolah membantu guru-guru sebelum bermula sesi persekolahan.

Read more...

Tahun 2009 yang telah berlalu

Read more...

Pelancaran Buletin MMPS Edisi Elektronik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Tahun Baru 2010 untuk semua warga MMPS samada yang masih lagi berada di bumi MMPS atau sudah meninggalkan alam persekolahan. Semoga tahun ini akan mencatatkan kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang buat semua dari tahun-tahun yang lalu.

Alhamdulillah ini adalah posting yang pertama sebagai pembuka tirai 2010 dan permulaan bagi blog ini. Tujuan utama diwujudkan blog ini adalah semata-mata untuk menyampaikan maklumat terkini MMPS kepada semua warga MMPS disamping sebagai simpanan atau stor maklumat untuk penerbitan buletin mmps edisi cetak setiap bulan.

Untuk pengetahuan semua Buletin MMPS Edisi Elektronik ini adalah dibawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Disiplin 2010.

Harapan agar mendapat pertolongan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Segala komentar dan cadangan boleh terus emailkan kepada buletinmmps.gmail.com

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP