Pages

Monday, January 4, 2010

Hari persekolahan sesi 2010 bermula

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 3 Jan. - Warga MMPS memulakan hari persekolahan sesi 2010 hari ini dengan berkumpul di surau MMPS mendengar taklimat dan ucapan daripada Puan Pengetua Cikgu Zaiton Bt Ismail dan Penolong Kanan Akademik Cikgu Rosmaliza Bt. Abu Bakar. Ini kerana hujan yang turun renyai-renyai menyebabkan perhimpunan di dataran tidak dapat diadakan.

Cikgu Rosmaliza dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar PMR sesi 2009 yang berjaya meningkatkan pencapaian MMPS pada tahun ini. Beliau bagaimanapun tetap berbangga dengan pencapaian tersebut walaupun tiada pelajar mendapat keputusan penuh 9A.

Manakala taklimat daripada Puan Pengetua pula banyak menyentuh tentang visi dan misi yang mesti dicapai oleh MMPS menjelang 2015. Puan Pengetua dalam ucapannya mengharapkan warga MMPS dapat melakukan perubahan pada tahun ini dan biarkan 2009 menjadi kenangan.

Antara perubahan yang akan dilakukan pada tahun ini seperti mana ditegaskan oleh Puan Pengetua adalah seperti berikut :
  1. Perhimpunan hari Ahad pada minggu kedua setiap bulan akan diadakan di surau dan diisi dengan bacaan yasin, manakala pada minggu ketiga setiap bulan pula akan diadakan program mentor mentee.
  2. Semua pelajar diwajibkan beratur diluar kelas pada setiap awal pagi dan tidak dibenarkan masuk ke kelas sehingga guru masa pertama masuk ke kelas.
Banyak lagi perkara yang disentuh oleh Puan Pengetua dalam ucapannya. Perhimpunan pada hari pertama persekolahan ini bersurai dengan penyerahan pelajar kepada guru kelas masing-masing.















Khusuk mendengar ucapan Puan Pengetua.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP