Pages

Sunday, February 28, 2010

Kem Belia Bulan Sabit Merah

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA,Langgar 18, 19 dan 20 FEB - seramai 6 orang pelajar MMPS telah mewakili sekolah dalam KEM BELIA BULAN SABIT MERAH yg diadakan di Pejabat PBSM negeri Kedah. Tiga org drpd pelajar putera dan tiga org pelajar puteri.
Kem tersebut disertai oleh 14 buah sekolah agama di negeri Kedah. Antaranya ialah sekolah Agama Al-Khairiah, Sekolah Agama Sg.Limau, Sekolah Agama Gurun, cawangan Maktab Mahmud dan lain-lain. Manakala sembilan orang fasilitator dari Kolej Universiti Insaniah telah hadir untuk menguruskan kem tersebut. Pengerusi kem tersebut ialah Encik Abu Bakar.

Pada hari pertama kem tersebut,para peserta diarahkan untuk mendaftar di bilik urusetia. Peserta perempuan diarahkan untuk mengemas dewan di sebelah atas bangunan tersebut sebagai tmpat penginapan mereka. Manakala peserta lelaki bersama-sama mendirikan khemah di kawasan lapang di hadapan bangunan BSMM tersebut. Semua guru pengiring dibenarkan pulang selepas urusan pendaftaran peserta.

Pada hari kedua,peserta diajar menggunakan extensor dan diajar jenis-jenis ikatan. Kemudian para fasilitator mengarahkan setiap kumpulan untuk membuat persedian persembahan kerana malam tersebut akan diadakan malam kebudayaan.

Pada hari terakhir iaitu hari penutup.Acara salam perpisahan telah diadakan,suasana hiba dan sayu di kalangan peserta.Selepas itu,peserta diarahkan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan penginapan mereka.Selepas acara gotong-royong,mereka makan tengahari dan berkumpul di tapak perhimpunan.

Acara penutup pun dilakukan oleh Tuan Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah. Acara penyampaian hadiah dilakukan.Selepas itu, para peserta dibenarkan pulang selepas tamatnya aktiviti penyampaian hadiah tersebut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP