Pages

Sunday, February 28, 2010

Sambutan Maulidurrasul MMPS 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 25 FEB - Hari Khamis yg lalu berlangsung satu sambutan maulidurrasul Maktab Mahmud Pokok Sena yg bertemakan " Mengeratkan Ukhuwah , Memperkasakan Ummah ". Sambutan ini berlangsung dalam keadaan yang sungguh meriah, di mana semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 mengambil bahagian bagi menjayakan sambutan memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Acara telah dimulakan seawal jam 8.30 pg dimulai dengan perarakan mengikut tingkatan dan persatuan. Antara persatuan yg mengambil bahagian dlm perarakan ini ialah Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Badan Pengawas & Tatatertib, Aspurie dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Pemberian markah diberi mengikut beberapa kategori seperti kekemasan,keseragaman pakaian serta kekreatifan slogan yg dibawa sebagai sepanduk. Sepanjang perjalanan perarakan setiap individu yg terlibat melaungkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Ianya menjadikan sambutan ini bertambah meriah dan bermakna bagi warga Maktab Mahmud Pokok Sena serta penduduk di sekitar ini.

Pada pukul 10.00 pg, sambutan maulidurrasul ini disusuli dgn persembahan sketsa daripada para pelajar putera. Sketsa ini memperlihatkan kepada para pelajar tentang hayat baginda Rasulullah bermula dari detik-detik kelahirannya sehingga saat-saat kewafatan baginda.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh PK HEM dan Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena.
Kemudian, agenda terakhir yang dijalankan adalah ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shazili b. Abdullah yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini.
Akhir sekali,majlis berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Semua pihak yg terlibat berpuas hati kerana majlis ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah serta pelajar-pelajar memberi komitmen yg positif. Oleh itu,pihak sekolah berharap agar program yang seterusnya berjalan dgn lancar seperti program ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP