Pages

Monday, August 16, 2010

Hari Temu Waris 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 22 Julai - Pihak sekolah telah mengadakan satu program Hari Temu Waris 2010. Program bertujuan menghubungkan pihak waris dan guru-guru MMPS dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar MMPS dalam bidang akademik dan sahsiyah. Kehadiran waris yang memberangsangkan memberi semangat kepada anak-anak yang sedang berjuang menuntut ilmu di bumi maahad ini. Pertemuan diatur mengikut kelas masing-masing.

Kelihatan Ust Aminuddin sedang melayan seorang waris pelajar

Ada kelas yang menyediakan jamuan untuk ibubapa yang hadir.

Pelajar Ting 1 mengerumuni guru kelas Teacher Azizah kerana tidak sabar nak tengok result peperiksaan.

Kelihatan waris sedang menunggu giliran untuk bertemu Ust Abdul Halim guru kelas Ting 4 Arif

Lain pula halnya dengan pelajar Ting 6 Ariff yang berkenduri durian pada hari tersebut kerana ramai waris mereka tidak dapat hadir. Buah-buahan ditaja oleh Ust Zukri.

Read more...

Idul Ilmie MMPS 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 8 Julai - Majlis Idul 'Ilmie yang menjadi acara tahunan sekolah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang dirasmikan oleh Ybhg Ustazah Rokiah yang merupakan Ketua Sektor Akademik Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah telah dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ust Abdul Halim dan Al-Fadhil Ust Abdull Hj Talib.







Read more...

Wednesday, June 30, 2010

Ekspedisi Gunung Jerai 2010

Gunung Jerai, Sabtu 19 Mei - Badan Dakwah dan Kebajikan MMPS dengan kerjasama PERTINAM MMPS 2010 telah menganjurkan Ekspidisi mendaki Gunung Jerai. Program tersebut telah disertai oleh 40 orang pelajar lelaki dan semua guru-guru lelaki MMPS kecuali Ustaz Mahmad Zukri dan Ustaz Izuan yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Program berjalan dengan lancar dan memuaskan. Tema program kali ini ialah " Jundullah mendaki ke puncak ". Penekanan diberikan kepada usaha melawan hawa nafsu yang merupakan musuh utama kita. Pengisian diberikan oleh Al-Fadhil Ust Muhaizam, Al-Fadhil Ust Abd Halim, Al-Fadhil Ust Abd Rahim dan Al-Fadhil Ust Abdullah Al-Fathoni. Manakala Al-Fadhil Ust Thalib mengetuai unit makanan bersama Al-Fadhil Cikgu Hadi. Semua peserta mengharapkan program sebegini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.


Peserta dilepaskan oleh Al-Fadhil Ust Firdaus selaku PK HEM MMPS

Antara aksi-aksi peserta ekspedisi


Berusaha menuju ke puncak


Kamilah Jundullah!!!


Panaskan badan sebelum berlepas

* maaf kerana baru posting, walaupun dah lama tapi untuk simpanan blog ini.

Read more...

Thursday, June 24, 2010

Selamat Kembali

Admin Buletin MMPS meminta maaf kepada semua warga MMPS kerana sekian lama tidak mengemaskini berita-berita mengenai perkembangan sekolah di laman ini. Segala kesulitan harap difahami.

Buletin MMPS juga ingin mengucapkan selamat mengharungi perjuangan dalam menuntut ilmu di tempat pengajian yang baru kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA, IPTS, IPG dan Matrikulasi, semoga antum semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Read more...

Tuesday, March 30, 2010

Kem Kepimpinan Perdana MMPS 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 25, 26 dan 27 Mac - Badan Dakwah & Kebajikan dengan kerjasama Badan Pengawas & Tatatertib telah sebulat suara menganjurkan Kem Kepimpinan Perdana MMPS 2010 pada 25, 26 dan 27 Mac 2010 bertempat di Maktab Mahmud Pokok Sena.

Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ajk Badan Dakwah, Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan AJK Tertinggi Persatuan-persatuan serta Pengawas Perpustakaan.

Objektif kem kepimpinan ini diadakan antaranya ialah :

  1. melahirkan kepiminan pelajar yang berkaliberdan berketerampilan.
  2. Menambahkan ilmu kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah.
  3. Mewujudkan kesatuan dari sudut pemikiran, amalan dan gerak kerja dalam kalangan pemimpin sekolah.
  4. Memantapkan lagi jati diri,ketahanan mental fizikal dan rohani kepimpinan MMPS.

Dalam kem ini,peserta dilatih menepati masa, mematuhi peraturan serta peka terhadap arahan yang diberikan.Kem ini dibimbing oleh Akademi Fasilitator Islam Kedah (AFIK) yang terdiri daripada 6 fasi muslimin dan 11 fasi muslimat serta dibantu oleh urusetia yg telah dilantik khas bagi menjayakan kem kepimpinan ini.

Dengan segala kesyukuran pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yg terlibat bg menjayakan dan melancarkan kem kepimpinan ini dengan sempurnanya.


Lagu Tema Kem Kepimpinan Perdana :

Read more...

Keputusan SPM dan STAM 2009

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 11 Mac - Sekolah pd hari ini dipenuhi oleh calon-calon SPM dan STAM 2009 untuk mengambil keputusan masing-masing yang diumumkan pada hari itu..Keputusan SPM dan STAM 2009 yg diumumkan itu telah menyaksikan beberapa orang pelajar MMPS berjaya mencapai keputusan yang baik.

Tahniah !!! kepada calon-calon yang telah berjaya dengan cemerlang dalam keputusan masing-masing.Bagi yg gagal,anda boleh berusaha lagi kerana pintu-pintu kejayaan sentiasa terbuka untuk anda semua bg meneruskan kehidupan masing-masing.

SPM 2009

Antara pelajar-pelajar SPM yg berjaya ialah :

1. Hanisah bt Shafie (9A)
2. Najihah bt Che Azhar (8A)
3. Khomarulzaman b Jaib (7A)
4. Muhammad Akmalul Ehsan b Rosli (6A)
5. Muhammad Sofi b Hashim (6A)
6. Mohd Naim b Yahya (5A)
7. 'Atif Munzir b Abd Hamid (5A)
8. Mohd Arif b Mad Saad (5A)
9. Mohd Shafiq b Naser (5A)
10. Masiha al-Sakina bt Adnan (5A)
11. Syahirah bt Abd Rahim (5A)
12. Nurul Atiqah bt Ahmad Sukri (5A)

p/s: serta pelajar-pelajar lain yang mendapat A dan cemerlang dalam mata pelajaran masing2 yang tidak dapat disebut disini..

STAM 2009

Antara pelajar-pelajar STAM yang berjaya :

1.Nurul Syafiqah bt Amir Ramli (MUMTAZ)
2.Abdul Rahman b Abd Khodir (J.JIDDAN)
3.Akrimah bt Mohamad Dzahir (J.JIDDAN)
4.Mohd Nizam b Abdullah (J.JIDDAN)
5.Muhammad Hazzuan Hafiz b Roslan (J.JIDDAN)
6.Arni Syafira bt Shoib (J.JIDDAN)
7.Nor Azliha bt Ali (J.JIDDAN)
8.Nur Adibah bt Adnan (J.JIDDAN)
9.Nurul Najwa bt Abd Jalil (J.JIDDAN)
10.Syahidah bt Fajar Nina Purnama Alam (J.JIDDAN)
11.Yusriyah bt Mohd Rodzi (J.JIDDAN)

Read more...

Hari Penutup Kesumam 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 10 Mac -Hari penutup Kejohanan Sukan Maktab Mahmud Negeri Kedah (KESUMAM) kali ke-6, Tahun 2010/1431H berlangsung di Stadium Suka Menanti.

Dalam kejohanan ini semua Maktab Mahmud di seluruh cawangan menyertainya..pada hari tersebut semua kontijen daripada Maktab Mahmud masing2 menghadirkan diri dalam hari penutupan ini..dan masing2 membawa kontijen perarakan untuk dipertandingkan..

Dalam acara ini Maktab Mahmud Pokok Sena yang membawa maskot harimau mendapat tempat yg ketiga antara Maktab Mahmud yang lain..johan keseluruhan disandang oleh Maktab Mahmud Alor Star..

Keputusan Akhir Kejohanan Sukan Maktab Mahmud Negeri Kedah (KESUMAM) kali ke-6,tahun 2010 :

  • MM Alor Star 110
  • MM Yan 110
  • MM Pendang 105
  • MM Baling 85
  • MM Langkawi 70
  • MM Kulim 50
  • MM Padang Terap 40
  • MM Bandar Baharu 35
  • MM Kuala Muda 20
  • MM Merbok 15
  • MM Pokok Sena 5
  • MM Sik 5

p/s : penentuan johan keseluruhan ditentukan berdasarkan penambahan markah dalam perarakan kontijen memandangkan jumlah mata yg sama antara Maktab Mahmud Alor Star dan Maktab Mahmud Yan.

Read more...

Induksi Nuqaba'

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 5 Mac - Jabatan Nuqaba' MMPS telah mengadakan satu program kepada para naqib dan naqibat untuk memantapkan lagi kemahiran bagi mengendalikan sesuatu kumpulan usrah..

Program ini bermula pada pukul 8 pagi yang dimulakan dengan slot pertama bersama Cikgu Najwa( kaunselor MMPS ) yang bertajuk "Komunikasi Berkesan"..Para Nuqaba' diajar untuk berkomunikasi dgn cara yang betul semasa berhadapan dengan adik2 usrah..Komunikasi merupakan item yg sangat penting dalam diri setiap individu untuk bersemuka dgn org lain..Komunikasi ini dimaksudkan sbg proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada orang lain..

Selepas itu,slot yg kedua mengenai penyelarasan usrah dikendalikan oleh ustaz Abdul Rahim..dalam slot ini para nuqaba' diserahkan silibus buku usrah untuk digunakan semasa menjalankan usrah setiap minggu..Seterusnya para nuqaba' dibahagikan kumpulan untuk membincangkan aktiviti yg hendak dimasukkan setiap kali diadakan usrah..

Read more...

Aktiviti Gotong-Royong

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 6 Mac - Pada hari sabtu iaitu hari ganti persekolahan sempena PMR. Pihak pentadbiran Maktab Mahmud Pokok sena telah mengadakan aktiviti gotong-royong perdana yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini.

Aktiviti ini bermula seawal pagi persekolahan dan semua pelajar diwajibkan terlibat..Ada juga beberapa orang guru mengawal keadaan pada hari itu.

Setiap kelas wajib menyibukkan diri membersih kelas masing-masing..ada sebahagian kelas mengecat kelas untuk menyerikan lagi kelas mereka serta mengemas apa yang patut untuk keceriaan kelas masing-masing.

Pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersih kawasan sekolah selain kelas.Antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah surau,perpustakaan,bilik guru,kawasan belakang dan hadapan sekolah.

Pada hari tersebut juga, Persatuan Keceriaan Sekolah telah melancarkan "BUMI HIJAU" dengan menanam tumbuh-tumbuhan di sekitar sekolah dan menjadi tanaman tersebut sebagai landskap sekolah.

Boleh dikatakan para pelajar yg hadir memberi kerjasama yg memberangsangkan bg menjayakan aktiviti gotong-royong ini.Bagi pelajar yg tidak hadir,Ustaz Firdaus telah mengambil tindakan kepada mereka pada keesokan harinya..

Read more...

Wednesday, March 17, 2010

Perlawanan Ping Pong Antara Maktab Mahmud

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 1 Mac- Hari ini dalam sejarah MMPS menyertai aktiviti sukan dalam acara permainan ping pong. Perlawanan berlangsung agak sengit di .

Namun nasib tidak menyebelahi MMPS pada tahun ini.Pasukan MMPS hanya layak sampai ke peringkat separuh akhir kerana tewas kpd pesaing dr Maktab Mahmud lain. Namun begitu mereka tetap berpuas hati kerana dengan usaha serta latihan yg mereka jaankan mereka berjaya ke peringkat itu.

InsyaAllah pada tahun hadapan dengan berbekalkan pengalaman serta usaha mereka akan meningkatkan prestasi seterusnya menjuari acara ini.

Read more...

Perlawanan Badminton antara Maktab Mahmud

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 1 Mac - Lembaga Maktab Mahmud telah mengadakan perlawanan badminton dalam Kejohanan Sukan Antara Maktab Mahmud (KESUMAM).
Temasya tersebut berlangsung di Kedah Indian Association (KIA). Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS) telah menghantar seramai 12 pemain dan terbahagi kepada dua kategori iaitu perseorangan dan beregu.
Peserta perseorangan diwakili oleh Hazwan Puad, Hafiz, Fauzan dan Khairul Imran manakala peserta beregu diwakili oleh Ami Ruzaini dan Hazim, Firdaus Mohammad dan Farhan, Hatim dan Ashraffudin serta Amir dan Firdaus Naim. Antara guru yang turut memberi sokongan ialah Ustaz Zuhairi, Ustaz Izwan, Uataz Firdaus,Ustaz Abdullah Talib dan Cikgu Shahrani.
Secara keseluruhannya Maktab Mahmud Pokok Sena mengalami kekalahan tetapi semangat yang ditonjolkan oleh para pemain wajar dihargai dan dicontohi.

Read more...

Sunday, February 28, 2010

Perlawanan Sepak Takraw antara Maahad

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 26 FEB - telah berlangsungnya perlawanan sepak takraw yg bertempat di Pulau Gamat,Pulau Langkawi. Maktab Mahmud Langkawi adalah wakil tuan rumah bagi perlawanan yg penuh gamat ini.

Pemain-pemain dari Maktab Mahmud Pokok Sena berangkat ke Langkawi pada 25 Februari. Mereka bermalam di sana sementara menunggu hari perlawanan pada keesekon harinya. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 9.30 pg dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Perlawanan sepak takraw ini di menangi oleh Maktab Mahmud Pendang, Langkawi dan Yan yang meraih bnyk mata. Skill yg mereka perjuangkan memang mantap dan melayakkan mereka meraih kemenangan.Dalam perlawanan ini, MMPS tidak memenangi mana-mana perlawanan di antara Maahad.

Read more...

Sambutan Maulidurrasul MMPS 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 25 FEB - Hari Khamis yg lalu berlangsung satu sambutan maulidurrasul Maktab Mahmud Pokok Sena yg bertemakan " Mengeratkan Ukhuwah , Memperkasakan Ummah ". Sambutan ini berlangsung dalam keadaan yang sungguh meriah, di mana semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 mengambil bahagian bagi menjayakan sambutan memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Acara telah dimulakan seawal jam 8.30 pg dimulai dengan perarakan mengikut tingkatan dan persatuan. Antara persatuan yg mengambil bahagian dlm perarakan ini ialah Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Badan Pengawas & Tatatertib, Aspurie dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Pemberian markah diberi mengikut beberapa kategori seperti kekemasan,keseragaman pakaian serta kekreatifan slogan yg dibawa sebagai sepanduk. Sepanjang perjalanan perarakan setiap individu yg terlibat melaungkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Ianya menjadikan sambutan ini bertambah meriah dan bermakna bagi warga Maktab Mahmud Pokok Sena serta penduduk di sekitar ini.

Pada pukul 10.00 pg, sambutan maulidurrasul ini disusuli dgn persembahan sketsa daripada para pelajar putera. Sketsa ini memperlihatkan kepada para pelajar tentang hayat baginda Rasulullah bermula dari detik-detik kelahirannya sehingga saat-saat kewafatan baginda.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh PK HEM dan Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena.
Kemudian, agenda terakhir yang dijalankan adalah ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shazili b. Abdullah yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini.
Akhir sekali,majlis berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Semua pihak yg terlibat berpuas hati kerana majlis ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah serta pelajar-pelajar memberi komitmen yg positif. Oleh itu,pihak sekolah berharap agar program yang seterusnya berjalan dgn lancar seperti program ini.

Read more...

Pertandingan Gubahan PPIM

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA,Langgar 24 FEB - Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah mengadakan satu aktiviti gubahan daripada kain-kain terpakai sbg satu aktiviti pada minggu ini. Aktiviti ini disertai oleh sebahagian ahli PPIM yg hadir iaitu seramai 50 orang pelajar. Aktiviti gubahan ini juga merupakan satu aktiviti yg paling disukai dalam kalangan pelajar.

Aktiviti ini berlangsung pada jam 3.00 petang di kelas 5 Amanah. Aktiviti ini juga bertujuan bagi memantapkan idea para pelajar dalam aspek mencipta kretiviti masing-masing. Selain itu,dapat mencungkil bakat para pelajar serta dapat memahirkan pelajar tersebut dalam bidang itu lagi. Di samping itu,aktiviti ini juga turut memupuk semangat kerjasama sesama ahli bagi menghasilkan satu mutu kerja yg proaktif dan dinamik. Aktiviti ini dipantau oleh guru penasihat badan iaitu Ustzh Khadijah Che Ros, ustzh Romlah Osman, Ustzh Faezah dan Ustzh Rosnida di samping menunjuk ajar para pelajar.

Di akhir aktiviti ini, para pelajar sempat mempamerkan hasil gubahan mereka dan dapat menilai sendiri hasil gubahan mereka. Secara keseluruhannya,para pelajar amat berpuas hati dgn aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 4.50 ptg.

Read more...

Perlawanan Bola Tampar antara Maahad Putri

MAKTAB MAHMUD PENDANG, Langgar 20 FEB - Perlawanan bola tampar antara Maktab Mahmud Puteri diadakan di MMPG.MMPS tergolong dalam kumpulan di Zon A yg terdiri drpd MMAS, MMY, MMCL, MMPS,MMPG dan MMPT.Diantara 6 Maktab Mahmud tersebut dibahagikan pula kpd 2 kumpulan.MMPS berada dalam kumpulan yg kedua dan berlawan dgn MMY dan MMCL.

Perlawanan pertama,MMPS menentang MMCL dengan memperolehi kekalahan dalam pusingan pertama dgn mata ( 23 , 25 ).
Selain itu, MMPS juga bertembung dgn MMY dgn memperolehi kekalahan jua dgn mata ( 21 , 25 ).
Oleh itu,MMPS tidak mempunyai sebarang kemenangan dlm perlawanan Bola Tampar pd tahun ini.Kepada kontinjen bola tampar,diharap jangan berputus asa dan berusaha lg pada tahun hadapan.

Read more...

Perlawanan Bola Tampar antara Maahad Putra

MAKTAB MAHMUD PENDANG, Langgar 20 FEB - Lembaga Maktab Mahmud telah mengadakan Kejohanan Sukan Maktab Mahmud (KESUMAM) bola tampar putera. Temasya sukan bola tampar itu berlangsung di Maktab Mahmud Pendang . MMPS tergolong dalam kumpulan Zon A yg terdiri drpd 6 Maktab Mahmud yg lain.

Antara guru yang terlibat ialah Us Zuhairi dan Us Abdullah Talib. Pasukan MMPS diketuai oleh Ahmad Shiham selaku kapten,Zulhusni,Luqmanul Hakim,Bukhari,Ridzuan Mat Din,Firdaus Mohammad,Nur Salam,Hazim Solihin dan Amir Hamdi.

Keputusan perlawanan yg telah dicapai oleh MMPS boleh dibanggakan kerana hanya kalah tipis dgn Maktab Mahmud Yan yg memperoleh keputusan ( 1 , 2 ).
Manakala, MMPS menentang Maktab Mahmud Langkawi juga kalah dgn mndpat keputusan ( 1 , 0 ) .

Keputusan keseluruhannya, tempat johan telah disapu bersih oleh Maktab Mahmud Pendang dan naib johan telah disandang oleh Maktab Mahmud Yan. Secara konklusinya,segala titik peluh pemain-pemain wajar dihargai demi menaikkan nama sekolah dan mengharumkan sekolah dalam bidang Ko-kurikulum.

Read more...

Pelancaran Dinamika Halaqah 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 20 FEB- Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud Pokok Sena mengambil kesempatan mengadakan Fathul Usrah bg tahun 2010 pd hari Sabtu memandangkan sekolah diganti dgn Cuti Hari Raya Puasa.Usrah pada tahun ini bertemakan DINAMIKA HALAQAH "Biah Solehah dijulang Ummah Terbilang".

Majlis bermula pada pukul 11.00 pg..Majlis dimulakan dgn ucapan pendahuluan oleh Ustaz Abd Halim.Beliau memberikn pengenalan tntg Dinamika Halaqah dan sejarah pertubuhan usrah.Pelajar-pelajar diedarkan "Pemplat" usrah 2010 yg mengandungi pengenalan usrah,sejarah usrah,rukun usrah dan senarai nama nuqaba' dan naqibat..

Majlis digamatkan lagi dgn perasmian usrah bagi sesi 2010 yg dirasmikan oleh Puan Norbayah Bt Abd Razak selaku penolong kanan Kokurikulum.Selepas perasmian dilancarkan, dgn ini detik permulaan usrah 2010 telah dimulakan..

Majlis diakhiri oleh ucapan dr Ustaz Rahim B. Abd Khodir dgn pengisian kebangkitan dan kesedaran sbg seorang umat Islam.Majlis bersurai pd pukul 1.00 tengahari.

p/s: slide show utk pengenalan Dinamika Halaqah telah diuploadkan utk tatapan smua pelajar-pelajar MMPS.

Read more...

Program Mentor Mentee Kali ke-2

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 20 FEB - Sekolah mengadakan hari ganti persekolahan ini dengan menganjurkan program mentor mentee kali kedua dan merupakan aktiviti bulan 2..
Program ini bermula pada pukul 8.00 pg dalam kelas masing-masing atau mana-mana tempat yg sesuai.Pada hari tersebut pihak mentor di arahkan supaya setiap mentee mereka menyenaraikan seberapa banyak perkara yang dirasakan telah membuang masa mereka dalam kehidupan seharian.

Setelah selesai menyenaraikannya, setiap pelajar dikehendaki membentangkannya di hadapan sahabat-sahabat. Pelajar yang paling banyak menyenaraikannya telah dianugerahi sedikit cenderahati oleh mentor mereka iaitu tag yg tertulis "PENYAMUN OF THE YEAR".

Setelah selesai memberi anugerah, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi perbincangan dalam kumpulan tentang "Pengurusan Masa yg wajar kepada Seorang Pelajar".
Akhir sekali,para mentor membuat sedikit konklusi kpd para pelajar tntg aktiviti yg dijalankan..Majlis berakhir pada pukul 10.00 pg.

Read more...

Perlawanan Bola Jaring antara Maahad

STADIUM SULTAN ABD HALIM, Jalan Suka Menanti 18 FEB - Pada tahun ini Maktab Mahmud Pokok Sena telah dipilih menjadi tuan rumah untuk mengadakan perlawanan bola jaring antara Maktab Mahmud Zon A. Sebanyak 6 Maktab Mahmud yang menyertainya. Antara maktab mahmud yg terlibat dalam Zon A ialah MMPS, MMAS, MMPG, MMPT, MMY dan MMCL..

Perlawanan bola jaring ini bermula pada pkul 8 pagi..Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Sultan Abd Halim.

Terdapat beberapa Maktab Mahmud yang layak masuk ke final kejohanan bola jaring..antaranya MMCL dan MMPS sendiri..

Di akhir pertandingan,keputusan perlawanan adalah seperti berikut :-

1.Maktab Mahmud Langkawi
2.Maktab Mahmud Pokok Sena
3.Maktab Mahmud Padang Terap
4.Maktab Mahmud Alor Setar
5.Maktab Mahmud Pendang
6.Maktab Mahmud Yan

Dalam perlawanan bola jaring ini,MMPS merupakan sekolah yg menghantar penyokong teramai antara sekolah untuk memberi sokongan kepada pemain-pemain sekolah..

Alhamdulilah, kejohanan bola jaring ini telah dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Read more...

Kem Belia Bulan Sabit Merah

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA,Langgar 18, 19 dan 20 FEB - seramai 6 orang pelajar MMPS telah mewakili sekolah dalam KEM BELIA BULAN SABIT MERAH yg diadakan di Pejabat PBSM negeri Kedah. Tiga org drpd pelajar putera dan tiga org pelajar puteri.
Kem tersebut disertai oleh 14 buah sekolah agama di negeri Kedah. Antaranya ialah sekolah Agama Al-Khairiah, Sekolah Agama Sg.Limau, Sekolah Agama Gurun, cawangan Maktab Mahmud dan lain-lain. Manakala sembilan orang fasilitator dari Kolej Universiti Insaniah telah hadir untuk menguruskan kem tersebut. Pengerusi kem tersebut ialah Encik Abu Bakar.

Pada hari pertama kem tersebut,para peserta diarahkan untuk mendaftar di bilik urusetia. Peserta perempuan diarahkan untuk mengemas dewan di sebelah atas bangunan tersebut sebagai tmpat penginapan mereka. Manakala peserta lelaki bersama-sama mendirikan khemah di kawasan lapang di hadapan bangunan BSMM tersebut. Semua guru pengiring dibenarkan pulang selepas urusan pendaftaran peserta.

Pada hari kedua,peserta diajar menggunakan extensor dan diajar jenis-jenis ikatan. Kemudian para fasilitator mengarahkan setiap kumpulan untuk membuat persedian persembahan kerana malam tersebut akan diadakan malam kebudayaan.

Pada hari terakhir iaitu hari penutup.Acara salam perpisahan telah diadakan,suasana hiba dan sayu di kalangan peserta.Selepas itu,peserta diarahkan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan penginapan mereka.Selepas acara gotong-royong,mereka makan tengahari dan berkumpul di tapak perhimpunan.

Acara penutup pun dilakukan oleh Tuan Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah. Acara penyampaian hadiah dilakukan.Selepas itu, para peserta dibenarkan pulang selepas tamatnya aktiviti penyampaian hadiah tersebut.

Read more...

Perlawanan Bola Sepak antara Maahad

PADANG MAJLIS DAERAH YAN, Langgar 17 FEB - Lembaga Maktab Mahmud telah mengadakan perlawanan bola sepak diantara Maktab Mahmud.MMPS tergolong dalam Zon A dan kumpulan A . Antara Maktab Mahmud yang berada dalam kump A ialah Maktab Mahmud Padang Terap, Maktab Mahmud Langkawi dan Maktab Mahmud Pokok Sena.Manakala kump B pula dihuni oleh Maktab Mahmud Yan, Maktab Mahmud Alor Star dan Maktab Mahmud Pendang.

Perlawanan ini berlangsung di Padang Majlis Daerah Yan. Guru yg turut mengiringi pasukan bola sepak ialah Us Zuhairi, Us Abdullah Talib, Sir Izuwan dan Us Firdaus.
Pada perlawanan pertama, MMPS menentang MMPT yg berkesudahan dgn seri ( 0 , 0 ) .
Seterusnya perlawanan kedua MMPS menentang MMCL.MMPS memenangi perlawanan tersebut dgn kemenangan ( 2 , 1 ) .
MMPS telah layak ke peringkat suku akhir dgn menentang MMAS dan berakhir dengan kekalahan ( 2 , 1 )..
Oleh itu, MMPS sudah tidak layak ke peringkat seterusnya...

Read more...

Friday, February 12, 2010

Penyampaian watikah perlantikan pengawas

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 8 FEB - Perhimpunan Ahad yang telah ditangguhkan kelmarin berikutan keadaan dataran yang ditakungi air dapat diadakan pada hari ini. Perhimpunan pada hari ini menyaksikan penyampaian watikah perlantikan pengawas-pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Watikah disampaikan oleh Puan Pengetua, Puan Penolong Kanan Akademik dan Tuan Penolong Kanan HEM.

Ketua guru disiplin Ust Abdul Rahim juga telah mengumumkan bahawa Panel Pemilihan Pengawas 2010 yang diketuai oleh Ybhg PK HEM Ust Firdaus telah bersetuju melantik Mohd Sofi B. Hashim sebagai ketua pengawas sesi 2010. Manakala Penolong Ketua Pengawas pula ialah Nursyahadah Bt. Syamsul Amri.

Majlis pada hari ini juga telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam ujian pengukuhan bahasa arab 2010. Perhimpunan disudahi dengan bacaan ikrar oleh semua pimpinan pelajar sekolah yang diketuai oleh ketua pengawas.

Read more...

Temasya Sukan Berakhir

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 11 Feb - Temasya sukan peringkat MMPS yang telah berakhir kelmarin menyaksikan Rumah Thoriq menjadi johan keseluruhan putera manakala johan keseluruhan puteri pula menyebelahi Rumah Ayyubi. Majlis Penyampaian Hadiah yang diadakan pada hari Rabu kelmarin turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG En Abdul Kadir. Krew BuletinMMPS mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memenangi acara yang telah dipertandingkan, kepada yang tidak memenangi apa-apa acara tahniah atas semangat kesukanan anda. Syabas kepada semua guru-guru atas penganjuran sukan MMPS 2010. Gambar sepanjang temasya sukan 2010 akan menyusul nanti harap bersabar.

Read more...

Monday, February 1, 2010

Temasya sukan sudah bermula

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 1 Feb - Temasya sukan MMPS 2010 bermula pada hari ini menyaksikan pertandingan ping pong dan bola tampar putera bawah 15 antara rumah-rumah sukan. Ramai guru-guru lelaki turun memantau perjalanan pertandingan membantu penyelaras sukan MMPS Us Zuhairi Ibrahim.
Us Zuhairi ketika ditemui menyatakan kegembiraan kerana penganjuran sukan pada kali ini dapat menyediakan dua pasang tiang gol futsal. Tiang yang baru siap ditempah tersebut ditempatkan di kawasan lapang yang baru ditambun ketika cuti baru-baru ini.
Kemeriahan sukan kali turut diserikan dengan perlawanan persahabatan bola jaring antara MMPS dengan pasukan bola jaring Pusat Kesihatan Langgar.

Perlawanan bola tampar dan ping pong yang berlangsung petang tadi.



Kelihatan padang ala togo dan tiang gol yang baru tiba pagi tadi.












Tiga teruna pingitan yang turut hadir memberi sokongan moral.

Read more...

Saturday, January 30, 2010

Peperiksaan SMRAMM Ulangan

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA,Langgar 27/28 Jan. - Calon-calon yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud (SMRAMM) 2009 terpaksa untuk menduduki semula beberapa madah SMRAMM diatas sebab-sebab tertentu.

Matapelajaran ulangan tersebut ialah Tarikh Islam, Tauhid dan Tafsir.
Pada 27 Jan, mereka menduduki kertas Tauhid dan Tarikh Islam. Kemudian pada 28 Jan pula mereka manjawab kertas tafsir..

Ada sebahagian pelajar yang merungut dan ada juga yang bersemangat menjawab ketiga-tiga madah tersebut. Apapun setiap yang berlaku adalah kehendak Allah, mungkin ada hikmah di sebalik peperiksaan ulangan SMRAMM ini. Kita tunggu pula keputusan yang akan keluar nanti selepas penat berusaha..insyaAllah semua MUMTAZ..Amiiiinn

Read more...

Thursday, January 28, 2010

Temuduga Pengawas

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 26 Jan. - Banyak perkara baru yang harus disusun semula oleh sekolah selepas bermulanya sesi 2010. Perkara utama ialah Badan Pengawas dan Tatatertib.

Pengawas merupakan organisasi kedua yang paling penting dalam sekolah untuk menolong guru-guru dan pihak sekolah bagi mengawal disiplin sekolah di MMPS. Oleh sebab pengawas yang tahun lepas pergi meninggalkan sekolah ini, maka badan pengawas tidak cukup ahli untuk mengawal sekolah ini.

Pada hari ini telah diadakan pemilihan pengawas dari setiap tingkatan..di MMPS, pengawas hanya akan dilantik dari kalangan tingkatan 3, 4, 5 dan 6 sahaja. Ramai pelajar yang telah ditemuduga untuk pemilihan pengawas layak dan sesuai..pemilihan dibuat oleh guru-guru pengawas sendiri..antaranya ialah Ust Firdaus, Ustaz Abd Rahim, Ust Izuan, Ustzh Aminah, Ustzh Zuraina dan beberapa orang lagi guru.

Harapan pihak sekolah kepada pengawas yang dilantik dan pengawas yg masih menjadi pengawas sekolah dapat memberi komitmen yang jitu kepada pihak sekolah..dan cuba untuk menjaga nama baik sekolah..MMPS

Read more...

Mentor Mentee

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 24 Jan.- Berdasarkan perubahan yang dibuat oleh pihak sekolah iaitu pada minggu ketiga setiap bulan akan diadakan program mentor mentee.

Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya program ini..Pada awal pagi semua pelajar dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan..Ustaz Firdaus memberi sedikit taklimat kepada pelajar-pelajar tentang program ini dan membaca senarai guru-guru yang dijadikan sebagai mentor untuk setiap kelas..Kemudian pelajar-pelajar dilepaskan kepada mentor masing-masing..Program ini diadakan di dalam kelas sendiri pada masa pertama untuk menggantikan masa perhimpunan..

Perbincangan yang di masukkan dalam program kali pertama ini adalah tentang visi dan misi sekolah Maktab Mahmud yang mesti dicapai oleh MMPS menjelang 2015.

Puan Pengetua mengharapkan warga MMPS dapat melakukan perubahan pada tahun ini dan biarkan tahun-tahun lepas menjadi kenangan.

Read more...

Majlis Muhadhoroh

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 23 Jan. - Hari ini merupakan hari ganti persekolahan sempena 2 Ramadhan yg akan bercuti pada 12 Ogos nanti..Majlis ini merupakan majlis kali pertama yg diadakan pada tahun 2010..

Kehadiran pelajar adalah diwajibkan pada hari ini. Majlis ini diadakan bagi mencungkil bakat pelajar-pelajar ma'ahad di samping membentuk wawasan dalam diri mereka..Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi di dewan MMPS..Banyak persembahan yang disertai oleh pelajar-pelajar,antaranya ialah nasyid, pidato, sajak dan syair..setiap kelas perlu menghantar setiap wakil untuk menyertai persembahan pada hari ini..

Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancarnya dengan bantuan urusetia majlis dan pelajar-pelajar MMPS sendiri..Komitmen dalam memberi kerjasama cukup memuaskan hati guru-guru berbanding tahun lepas..Harapan semua agar majlis ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang..mungkin lebih baik daripada majlis ini..yang paling penting adalah sikap kerjasama oleh semua pihak..

Majlis Muhadhoroh ini diraikan bersama Majlis Perpisahan Cikgu Mazliza dan Cikgu Fairuz yg terpaksa dipindahkan ke Maktab Mahmud lain..Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Halim,kemudian pelajar bersalam-salaman dgn guru-guru..Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengahari..Jadikan ia sbg satu knangan majlis yg pertama untuk memulakan detik tahun 2010..

Read more...

Orientasi Tingkatan Satu 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 13/14 Jan. - Semua pelajar tingkatan satu sesi 2010 dikumpulkan untuk terlibat dalam minggu orientasi form 1 atas kerjasama Ustaz Firdaus dan guru-guru kelas tingkatan 1 serta pengawas tingkatan 6 sebagai fasilitator kepada adik-adik..

Orentasi ini berjalan selama 2 hari dgn jayanya. Program ini adalah bertujuan untuk mengenalkan pelajar-pelajar tingkatan 1 tentang Maktab Mahmud Pokok Sena dengan lebih mendalam. Di samping itu program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar tentang sejarah sekolah ini serta peraturan yg harus di ikut oleh pelajar-pelajar yang bergelar pelajar MMPS..

Ustaz Abd Rahim telah menyusun pelbagai aktiviti yg menarik. Antaranya ialah taaruf berkelompok untuk memberi keupayaan kepada pelajar-pelajar untuk berkenal-kenalan dan ikut arahan yg diberikan kpd mereka. Selepas itu,mereka diberi kump masing-masing untuk melakukan latihan dlm kumpulan bagi membincangkan kisah akibat salah pergaulan..tujuannya adalah untuk membentuk pelajar-pelajar disini drpd salah memilih kawan apabila berada di sini. Seterusnya,mereka diisi dgn satu permainan yg memerlukan semangat kerjasama dlm kumpulan.

Hari kedua program orentasi tersebut,pihak penganjur mengadakan satu explorace mengelilingi satu maktab mahmud pokok sena ini. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mendedahkan identiti maktab mahmud pokok sena kepada pelajar-pelajar. Program ini diakhiri dgn persembahan oleh setiap kumpulan.

Harapan agar pelajar tingkatan satu dapat mengubah suasana MMPS menjadi maahad yang terbaik diantara maahad. InsyaAllah..

Read more...

Monday, January 25, 2010

Pendaftaran Tingkatan 6

Maktab Mahmud Pokok Sena,Langgar,10 Jan.-Pada hari tersebut proses kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6 dari serata maahad.Secara keseluruhannya,Maktab Mahmud mengandungi 12 cawangan dan hanya 3 Maktab Mahmud yang mengambil kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6(STAM) iaitu:

Maktab Mahmud Alor Star
Maktab Mahmud Pokok Sena
Maktab Mahmud Pendang

Diantara Maahad yang terpilih untuk menyambung pengajian tingkatan 6 di Maktab Mahmud Pokok Sena ialah Maktab Mahmud Padang Terap,Kulim,Kuala Muda,Sik,Baling,Merbok dan Langkawi.Selebihnya ke Maktab Mahmud Alor Star.Maktab Mahmud Pendang hanya di khaskan untuk pelajarnya sahaja.Pendaftaran bermula pada pukul 9.00pagi bertempat di blok A,kelas masing-masing.Diantara guru-guru yang terlibat untuk menguruskan pendaftaran ialah Ustaz Abdullah b. Taib(guru kelas 6 Adil),Cikgu faradilla bt.Shamsul Tarji(guru kelas 6 Amanah),dan Ustaz Muhaizam(guru kelas 6 Arif).
Sebanyak 180 orang yang ditawarkan untuk meneruskan pengajian Tingkatan 6(STAM),tetapi hanya 133 orang yang mendaftarkan diri pada minggu tersebut.

Read more...

Friday, January 8, 2010

Program Asas Bahasa Arab 2010 telah berakhir

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 7 Jan. - Hari ini telah berakhir Program Asas Bahasa Arab 2010 yang telah berlangsung selama 4 hari. Pada akhir program semua pelajar telah diwajibkan mengikuti ujian pengukuhan sebagai penilaian kepada keberkesanan program. Ujian tersebut diadakan secara berasingan antara pelajar menengah rendah dan menengah atas, walaubagaimanapun mereka diberikan kertas yang sama.

Pelajar-pelajar yang mendapat markah tertinggi akan diberi hadiah selepas melalui ujian pengukuhan kedua pada minggu hadapan. Rata-rata guru yang ditemui menyatakan bahawa program tersebut memang baik dan wajar diteruskan tetapi biarlah teratur dan tersusun sedikit. Pihak penganjur memberi jaminan akan menguruskan dengan lebih baik pada tahun hadapan.

Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Pengumuman

Peringatan terakhir untuk pelajar-pelajar yang akan menyambung pengajian ting 6 ( STAM ) di MMPS, anda diwajibkan mendaftar diri sendiri pada 10 Jan 2010 hari Ahad ini di MMPS. Jika anda gagal berbuat demikian maka anda dianggap telah menolak tawaran untuk meneruskan pengajian ting 6 di sini. Bagi pelajar yang terlibat dengan PLKN anda juga dikehendaki mendaftar diri pada hari tersebut juga, sila bawa bersama surat PLKN semasa pendaftaran untuk urusan penangguhan.

Read more...

Taklimat Ko-kurikulum 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 6 Jan. - Unit Kokurikulum MMPS membuka tirai 2010 dengan taklimat ko-kurikulum untuk tahun 2010 yang telah disampaikan oleh PK Kokurikulum Cikgu Norbayah Bt Abd Razak di bilik mesyuarat MMPS hari ini. Dalam taklimat tersebut Cikgu Norbayah turut mengumumkan nama guru-guru yang diamanahkan untuk menjadi guru pengelola bagi setiap badan dan persatuan, kelab sukan dan unit beruniform.

Banyak pertukaran yang berlaku berbanding tahun lepas, antaranya Us Abd Halim diamanahkan menjadi guru pengelola BDK menggantikan Us Abdullah Talib, manakala Ust Abdullah Talib pula diamanahkan sebagai guru pengelola Pertinam. Us Aminuddin pula mengetuai PBSM menggantikan Us Izuan dan banyak lagi pertukaran yang diharapkan dapat merancakkan lagi aktiviti kokurikulum di MMPS sepanjang tahun ini.

Pada taklimat tersebut juga menyaksikan perlantikan SU Kokurikulum yang baru iaitu Cikgu Shahrani Bt. Salleh. Cikgu Norbayah mengakhiri taklimat pada hari ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih semua guru yang memberi kerjasama yang baik.

Read more...

Tuesday, January 5, 2010

MMPS bernafas dalam lumpur ??

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 5 Jan. - Hujan yang turun semalam menyebabkan kawasan paya yang ditimbun dengan tanah mula berair manakala kawasan sekeliling surau pula berselut. Perkara ini menyebabkan pergerakan pelajar-pelajar MMPS terganggu dan kelas-kelas mula kotor dan berhabuk akibat selut yang melekat dikasut masing-masing.

Menurut beberapa orang guru lelaki yang ditemubual oleh krew buletinmmps jika hujan turun berlarutan maka tanah yang ditimbun lebih daripada 500 lori tersebut akan mula bertukar menjadi paya kembali. Ini kerana tanah tersebut tidak mencukupi dan belum meratai semua kawasan. Guru-guru lelaki mengharapkan agar projek ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Read more...

Monday, January 4, 2010

Program Asas Bahasa Arab 2010


MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 4 Jan. - Semua pelajar-pelajar MMPS pada minggu ini akan mengikuti kursus asas Bahasa Arab 2010. Kursus ini dianjurkan oleh Badan Bahasa Arab MMPS bagi mengukuhkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Penekanan kepada hafazan dan pemahaman matan ajrumiyah pada باب معرفة علامات الإعراب yang menjadi asas utama kepada penguasaan Bahasa Arab. Kursus melibatkan semua ustaz dan ustazah di MMPS.

Program yang dijalankan secara menyeluruh dengan melibatkan semua tingkatan kecuali pelajar baru tingkatan satu. Harapan agar permulaan yang baik ini akan membuahkan hasil yang baik. Para pelajar kelihatan bersemangat dan memberi kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kursus ini akan berlangsung selama empat hari bermula pada hari isnin sehingga hari khamis ini.

Suasana hari pertama program dijalankan.

Read more...

Anugerah Pelajar Cemerlang PMR

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 4 Jan. - Hari ini telah diadakan perhimpunan di dataran MMPS bagi menyampaikan anugerah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Puan Pengetua MMPS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ust. Mahmad Zukri yang telah menaja hadiah tersebut semoga Allah sentiasa memelihara ustaz di bawah lembayung rahmatNya.
* kelihatan Ust. Mahmad Zukri di sebelah Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika musim haji baru-baru ini.

Read more...

Aspura bakal menjadi kenyataan


LORONG SYARIFAH, Jalan Sungai Mati 3 Jan. - Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena Cikgu Zaiton dan wakil dari Lembaga Maktab Mahmud En. Fadhil melawat sebuah rumah disini yang bakal dijadikan asrama putera MMPS. Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat sejauh mana perlu dibuat penambahbaikan untuk keselesaan pelajar.

Lawatan tersebut turut disertai oleh beberapa orang guru MMPS, penyelaras asrama MMPS dan En. Khalid dari lembaga MM yang mengiringi En. Fadhil. Menurut Puan Pengetua jika tiada aral melintang asrama putera yang sudah lama menjadi impian warga MMPS akan menjadi kenyataan pada bulan Mac atau April ini.
* Gambar diatas menunjukkan rumah yang bakal menjadi aspura sementara. Kelihatan di dalam gambar Us Zuhairi dan anak kepada tuan rumah tersebut.

Read more...

Hari persekolahan sesi 2010 bermula

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 3 Jan. - Warga MMPS memulakan hari persekolahan sesi 2010 hari ini dengan berkumpul di surau MMPS mendengar taklimat dan ucapan daripada Puan Pengetua Cikgu Zaiton Bt Ismail dan Penolong Kanan Akademik Cikgu Rosmaliza Bt. Abu Bakar. Ini kerana hujan yang turun renyai-renyai menyebabkan perhimpunan di dataran tidak dapat diadakan.

Cikgu Rosmaliza dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar PMR sesi 2009 yang berjaya meningkatkan pencapaian MMPS pada tahun ini. Beliau bagaimanapun tetap berbangga dengan pencapaian tersebut walaupun tiada pelajar mendapat keputusan penuh 9A.

Manakala taklimat daripada Puan Pengetua pula banyak menyentuh tentang visi dan misi yang mesti dicapai oleh MMPS menjelang 2015. Puan Pengetua dalam ucapannya mengharapkan warga MMPS dapat melakukan perubahan pada tahun ini dan biarkan 2009 menjadi kenangan.

Antara perubahan yang akan dilakukan pada tahun ini seperti mana ditegaskan oleh Puan Pengetua adalah seperti berikut :
  1. Perhimpunan hari Ahad pada minggu kedua setiap bulan akan diadakan di surau dan diisi dengan bacaan yasin, manakala pada minggu ketiga setiap bulan pula akan diadakan program mentor mentee.
  2. Semua pelajar diwajibkan beratur diluar kelas pada setiap awal pagi dan tidak dibenarkan masuk ke kelas sehingga guru masa pertama masuk ke kelas.
Banyak lagi perkara yang disentuh oleh Puan Pengetua dalam ucapannya. Perhimpunan pada hari pertama persekolahan ini bersurai dengan penyerahan pelajar kepada guru kelas masing-masing.















Khusuk mendengar ucapan Puan Pengetua.

Read more...

Saturday, January 2, 2010

Suasana MMPS

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 2 Jan. - Maktab Mahmud Pokok Sena mula berubah wajah dengan bermulanya projek timbun tanah di kawasan semak sebelah bangunan C pada cuti sekolah yang lalu. Tanah sebanyak 500 lori digunakan untuk meratakan kawasan milik sekolah tersebut. Hasil tinjauan yang dilakukan oleh krew buletinmmps mendapati kawasan yang dahulunya semak yang berair sudah menjadi kawasan lapang. Menurut Puan Pengetua di kawasan tersebut akan didirikan sebuah bangunan yang akan dijadikan asrama.


Kawasan tepi rumah warden yang sudah bertukar wajah.


Read more...

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 2 Jan. - Pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu hari ini berjalan lancar dengan kehadiran awal para waris dan guru di Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS). Sehingga jam 12.30 tengahari tadi MMPS dilaporkan menerima 48 orang pelajar untuk pendaftaran tingkatan satu, 20 orang lelaki dan 28 orang perempuan. Manakala Asrama Puteri menerima kemasukan 21 orang pelajar tingkatan satu.

Kebanyakan waris pelajar lelaki merungut ekoran ketiadaan penempatan asrama disediakan untuk pelajar lelaki tetapi pihak pengurusan sekolah memberi jaminan asrama sementara akan disiapkan pada bulan Mac nanti dan mengharapkan agar para waris dapat bersabar dan memahami masalah yang sedang dihadapi oleh pihak sekolah.


Oleh kerana tiada asrama lelaki disediakan kebanyakan pelajar lelaki yang menerima tawaran ke MMPS terpaksa menolak tawaran tersebut dan memilih untuk ke sekolah lain yang mempunyai asrama.


Guru menguruskan pendaftaran. 2 kaunter pendaftaran dibuka untuk pelajar puteri dan putera.


kaunter pendaftaran asrama puteri.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini merupakan laman rasmi Buletin MMPS yang diletakkan di bawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Tatatertib MMPS 2010.
Segala cadangan saranan boleh email kepada buletinmmps@gmail.com

Dokumen Pengawas

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP