Pages

Thursday, January 27, 2011

Malam Pelancaran Seni Silat Gayong Malaysia MMPS Sesi 2011


Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 27 Januari - Pelancaran Seni Silat Gayong Malaysia MMPS bagi sesi 2011 dilancarkan di dewan MMPS pada waktu malam.


Gambar : Pengarah Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia MMPS sesi 2011



Majlis pelancaran bermula jam 9.30 malam hingga jam 10.30. malam dan majlis tersebut dimulakan dengan bacaan pembuka majlis surah al-Fatihah diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Persatuan Seni Silat Gayong MMPS dengan nama panggilan Khairul Imran. Dalam ucapan beliau, beliau memberi nasihat serta kata semangat kepada ahli-ahli baru dan lama, antara isi ucapan beliau adalah tujuan sebenar pembelajaran silat ini adalah untuk mempertahankan diri di samping memanfaatkan ilmu silat untuk tujuan kebaikan dan bukannya untuk bermegah-megah dan menyusahkan masyarakat di sekeliling.



Setelah selesai ucapan beliau , majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penasihat Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia MMPS iaitu Ustaz Thalib bin Md Rejab. Antara isi ucapan beliau, beliau menyokong ucapan yang dibuat oleh pengarah persatuan disamping memberi perangsang kepada ahli persatuan bahawa persatuan silat ini merupakan antara aktiviti kokurikulum yang mampu membantu markah kokurikulum dalam proses untuk kemasukan ke universiti-universiti tempatan.

Antara aktiviti lain dalam majlis pelancaran tersebut ialah pemberian watikah kepada pengarah persatuan sesi 2011, taklimat oleh jurulatih silat iaitu Salleh, latihan silat ahli putera, aktiviti qiamullail beramai-ramai dan beberapa aktiviti lain lagi. Wallahua'lam.

Read more...

Hari Gotong-royong Warga MMPS 2011













MAKTAB MAHMUD POKOK SENA , Langgar 27 JANUARI - Hari bergotong-royong warga Maktab Mahmud Pokok Sena berlangsung pagi tadi bermula dari jam 7.45 pagi dan berakhir jam 2 petang. Gotong-royong tersebut disertai oleh warga Maktab Mahmud Pokok Sena dalam usaha membersihkan kawasan persekitaran sekolah untuk keselesaan pembelajaran yang kondusif dan selesa disamping mengamalkan sabda nabi bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Bermula aktiviti awal pagi seperti biasa iaitu perhimpunan harian pelajar bagi bacaan Ma'thurat dan mengalunkan nasyid Asmaul Husna secara berjemaah di sekolah oleh para pelajar dan guru-guru MMPS. Setelah majlis perhimpunan harian tersebut selesai, pembahagian kawasan untuk kerja-kerja pembersihan dibuat oleh guru MMPS. Antara lain , majlis gotong-royong itu diselitkan dengan aktiviti bersukan sesama penuntut ilmu MMPS bagi merehatkan minda dan beramah mesra sesama pelajar.




Berikut adalah antara gambar-gambar sepanjang aktiviti gotong-royong berlangsung:



Guru-guru lelaki sedang berbincang sesuatu




Senior-senior ting.6 sedang mengemas bilik guru lelaki





Pelajar Ting.5 membersihkan kawasan belakang Blok C




Sebahagian pelajar MMPS khusyuk membersihkan kawasan sekolah





Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini merupakan laman rasmi Buletin MMPS yang diletakkan di bawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Tatatertib MMPS 2010.
Segala cadangan saranan boleh email kepada buletinmmps@gmail.com

Dokumen Pengawas

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP