Pages

Wednesday, March 9, 2011

Maulud Diba'ie

Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 3 Mac 2011 - Berlangsungnya Maulud Diba'ie di surau MMPS. Maulud Diba'ie bermula selepas solat maghrib berjemaah dan disertai oleh guru-guru dan para pelajar tidak ketinggalan juga beberapa bekas pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena turut serta pada malam yang penuh penghayatan itu.

Sambil mengikuti dan menghayati alunan indah bacaan qosidah yang diketuai oleh bekas kumpulan qosidah MMPS dan Ustaz Abdul Rahim, para hadirin turut disajikan dengan santapan rohani oleh Ustaz Amir yang menceritakan secebis kisah Rasulullah dan berkenaan Maulud Diba'ie.

Alunan penuh syahdu Maulud Diba'ie berlangsung dengan lancar dan setelah selesai sahaja Maulud Diba'ie. Para hadirin solat 'Isya berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Amir .

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini merupakan laman rasmi Buletin MMPS yang diletakkan di bawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Tatatertib MMPS 2010.
Segala cadangan saranan boleh email kepada buletinmmps@gmail.com

Dokumen Pengawas

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP