Pages

Friday, April 29, 2011

Hari Mesyuarat PIBG 2011





YB Dr. Ismail memberi ucapan





Maktab Mahmud Pokok Sena 28 April - Berlangsungnya Hari Mesyuarat PIBG MMPS sesi 2011 di dewan bangunan C MMPS. Mesyuarat PIBG tersebut didahului dengan perasmian oleh YB Dr. Ismail iaitu Exco Kerajaan Negeri Kedah dan mesyuarat bermula selepas majlis jamuan.

Dalam pada itu para pelajar berada dalam dewan bangunan B dan A untuk sesi pengisian yang diuruskan oleh pelajar Pra U MMPS.

Mesyuarat PIBG tersebut berlangsung dengan jayanya melalui perbincangan oleh para guru dan ibu bapa bersumberkan perbahasan usul oleh beberapa hadirin dan mesyuarat tersebut diserikan seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu cabutan bertuah.


Antara wajah sewaktu hari mesyuarat PIBG




Pasukan Kompang dan sebahagian penyambut tetamu






Para pelajar diberi sedikit pengisian bagi mengisi masa mereka sepanjang mesyuarat

berlangsung.





Read more...

Tamrin Maahadi 2011

Maktab Mahmud Poko Sena 21 April - Berlangsungnya Tamrin Maahadi sesi 2011 yang diberi nama Khemah Ibadah selama 3 hari 2 malam . Program anjuran Badan Dakwah dan Kebajikan MMPS itu Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha sama guru-guru, para pelajar tingkatan 5 dan sebahagian pelajar tingkatan 6 sebagai urusetia, dan yang bertindak sebagai fasilitator pula terdiri daripada pelajar pra U MMPS dan dibantu oleh bekas pelajar MMPS.

Peserta dalam program tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan penyertaan para pelajar dalam program tersebut sangat memberansangkan. Antara aktiviti menarik yang diselit dalam program tersebut ialah 'explorace' , berqiamullail di dataran tapak perhimpunan secara berjemaah beserta solat subuh, ceramah dan sebagainya.

Majlis penutupan Khemah Ibadah tersebut dirasmikan oleh Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena iaitu Puan Zaiton binti Ismail .

Read more...

Tuesday, April 5, 2011

Hari Bersama AADK


Ustaz Lutfi yang sedang rancak memberi ceramah


Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 5 April 2011 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah (AADK) telah berjaya melaksanakan program khas bersama pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena dalam memperkenalkan tentang apa itu dadah dan kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah di samping membina semangat para penuntut ilmu MMPS supaya membenci dadah yang selama ini telah lama menghantui diri sebahagian masyarakat yang hilang tujuan hidup.

Ceramah dalam program tersebut disampaikan oleh wakil bahagian hal ehwal agama AADK Negeri Kedah iaitu Encik Lutfi. Beliau memulakan ceramah beliau dengan memperkenalkan diri beliau kemudiannya menanam ikrar dalam jiwa anak-anak pelajar dengan laungan keramat 'kami benci dadah'. Seterusnya beliau meneruskan ceramah dengan memperkenalkan buruknya najis dadah dan hukuman yang dikenakan bagi bagi mereka yang mengedar dadah disamping pelbagai penerangan yang berkaitan dengan dadah.


Antara wajah ketika program:


Para pelajar sedang mengurut rakan masing-masing seperti yang dipinta penceramah




Ketika ceramah baru sahaja selesai





Ish!3 sempat lagi buat gaya!!




Pameran AADK ketika program

Read more...

Friday, April 1, 2011

Kem Kepimpinan Perdana Maktab Mahmud Pokok Sena 2011


Taklimat sebelum bertolak ke Kem Sri Juluk Resort


Naka 24 2011 - Berlangsungnya Kem Kepimpinan Perdana Maktab Mahmud Pokok Sena sesi 2011 di Sri Juluk Resort, Naka. Alhamdulillah, kem anjuran Badan Dakwah dan Kebajikan dengan kerjasama badan Pengawas dan PERTINAM tersebut telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam hasil kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Program tersebut disertai oleh 141 pimpinan-pimpinan MMPS yang terdiri daripada para pengawas,para ketua dan penolong tingkatan, AJK tertinggi badan-badan kokurikulum. Pembimbing atau 'facilitator' pula diambil dari kalangan penuntut Universiti Islam Antara Malaysia (UIAM), Insaniah dan Darul Quran. Program tersebut juga dibantu oleh Persatuan Tingkatan 6 atau lebih mayshur dengan panggilan PERTINAM sebagai urusetia program dan turut disokong oleh para guru MMPS.

Wajah2 di Kem Sri Juluk Resort


Tiba di Sri Juluk Resort





zxTempat Memasak
Shiham (urusetia pendaftaran dan dokumentasi)



Khairudin( urusetia unit cenderahati





Ustaz Radhi




Banyaknya roti!!!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini merupakan laman rasmi Buletin MMPS yang diletakkan di bawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Tatatertib MMPS 2010.
Segala cadangan saranan boleh email kepada buletinmmps@gmail.com

Dokumen Pengawas

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP