Mesyuarat Guru kali 1
MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 30 Dis. - Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena Puan Zaiton Bt Ismail memaklumkan bahawa keputusan pencapaian peperiksaan PMR 2009 menunjukkan peningkatan yang membanggakan. 5 subjek lulus 100% berbanding hanya 2 subjek pada tahun lepas, 2 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang 8A 1B. Beliau melaporkan pencapaian tersebut pada mesyuarat guru kali 1 2010. Mesyuarat kali pertama ini bermula kira-kira jam 9.15 pagi telah membincangkan beberapa perkara penting sebagai persediaan tahun 2010. Antaranya ialah tentang visi dan misi sekolah yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Mesyuarat dihadiri oleh PK Akademik Puan Rosmaliza Bt. Abu Bakar, PK HEM Ust Firdaus Zainol, PK Kokurikulum Puan Norbayah Bt Abd. Razak, guru-guru kanan dan semua guru-guru MMPS.
Dalam mesyuarat tersebut Puan Pengetua juga memaklumkan pertukaran Cikgu Siti Fairuz ke Maktab Mahmud Merbok (MMMK) dan Cikgu Masliza ke Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS) manakala 2 orang guru ditukarkan ke MMPS ialah Ust Aminuddin dari Maktab Mahmud Bandar Baru (MMBB) dan Cikgu Azian dari MMMK.
Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Wajah-wajah guru yang sangat bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan 2010.
0 comments:
Post a Comment