Pages

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Tamrin Maahadi 2011

Maktab Mahmud Poko Sena 21 April - Berlangsungnya Tamrin Maahadi sesi 2011 yang diberi nama Khemah Ibadah selama 3 hari 2 malam . Program anjuran Badan Dakwah dan Kebajikan MMPS itu Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha sama guru-guru, para pelajar tingkatan 5 dan sebahagian pelajar tingkatan 6 sebagai urusetia, dan yang bertindak sebagai fasilitator pula terdiri daripada pelajar pra U MMPS dan dibantu oleh bekas pelajar MMPS.

Peserta dalam program tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan penyertaan para pelajar dalam program tersebut sangat memberansangkan. Antara aktiviti menarik yang diselit dalam program tersebut ialah 'explorace' , berqiamullail di dataran tapak perhimpunan secara berjemaah beserta solat subuh, ceramah dan sebagainya.

Majlis penutupan Khemah Ibadah tersebut dirasmikan oleh Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena iaitu Puan Zaiton binti Ismail .

Read more...

Tuesday, April 5, 2011

Hari Bersama AADK


Ustaz Lutfi yang sedang rancak memberi ceramah


Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 5 April 2011 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah (AADK) telah berjaya melaksanakan program khas bersama pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena dalam memperkenalkan tentang apa itu dadah dan kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah di samping membina semangat para penuntut ilmu MMPS supaya membenci dadah yang selama ini telah lama menghantui diri sebahagian masyarakat yang hilang tujuan hidup.

Ceramah dalam program tersebut disampaikan oleh wakil bahagian hal ehwal agama AADK Negeri Kedah iaitu Encik Lutfi. Beliau memulakan ceramah beliau dengan memperkenalkan diri beliau kemudiannya menanam ikrar dalam jiwa anak-anak pelajar dengan laungan keramat 'kami benci dadah'. Seterusnya beliau meneruskan ceramah dengan memperkenalkan buruknya najis dadah dan hukuman yang dikenakan bagi bagi mereka yang mengedar dadah disamping pelbagai penerangan yang berkaitan dengan dadah.


Antara wajah ketika program:


Para pelajar sedang mengurut rakan masing-masing seperti yang dipinta penceramah




Ketika ceramah baru sahaja selesai





Ish!3 sempat lagi buat gaya!!




Pameran AADK ketika program

Read more...

Friday, April 1, 2011

Kem Kepimpinan Perdana Maktab Mahmud Pokok Sena 2011


Taklimat sebelum bertolak ke Kem Sri Juluk Resort


Naka 24 2011 - Berlangsungnya Kem Kepimpinan Perdana Maktab Mahmud Pokok Sena sesi 2011 di Sri Juluk Resort, Naka. Alhamdulillah, kem anjuran Badan Dakwah dan Kebajikan dengan kerjasama badan Pengawas dan PERTINAM tersebut telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam hasil kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Program tersebut disertai oleh 141 pimpinan-pimpinan MMPS yang terdiri daripada para pengawas,para ketua dan penolong tingkatan, AJK tertinggi badan-badan kokurikulum. Pembimbing atau 'facilitator' pula diambil dari kalangan penuntut Universiti Islam Antara Malaysia (UIAM), Insaniah dan Darul Quran. Program tersebut juga dibantu oleh Persatuan Tingkatan 6 atau lebih mayshur dengan panggilan PERTINAM sebagai urusetia program dan turut disokong oleh para guru MMPS.

Wajah2 di Kem Sri Juluk Resort


Tiba di Sri Juluk Resort





zxTempat Memasak
Shiham (urusetia pendaftaran dan dokumentasi)



Khairudin( urusetia unit cenderahati





Ustaz Radhi




Banyaknya roti!!!

Read more...

Saturday, February 26, 2011

Kemuncak Sukan MMPS 2011







Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 16 Februari 2011 - Berlangsungnya temasya kemuncak sukan bagi Maktab Mahmud Pokok Sena, Majlis temasya sukan tersebut disertai oleh para penuntut ilmu MMPS dan bersama guru-guru MMPS.

Seperti biasa, terdapat seribu satu aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang temasya sukan tersebut namun kali ini berbeza sedikit apabila acara merentas desa tidak berlangsung pada hari kemuncak seperti tahun-tahun sebelumnya namun berlangung pada hari isnin bertarikh 14 Februari.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang sukan tersebut ialah pertandingan bola sepak, takraw, pingpong dan banyak lagi. Aktiviti bagi pelajar putera dilangsungkan di Padang Taman Seri Kota manakala bagi pihak puteri pula dilangsungkan di Padang MMPS.

Hari kemuncak tersebut diserikan lagi dengan perlawanan bola sepak antara pelajar tingkatan 6 putera dan guru-guru lelaki dan keputusan perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan guru dengan kemenangan 2 berbalas 0. Selain itu, aktiviti sukaneka juga dianjurkan bagi pelajar bawah 15 tahun dan diberi peluang juga kepada pelajar tingkatan 6 untuk bersama-sama menyertainya. Sebahagian daripada sukaneka yang dijalankan ialah tiup belon sampai pecah, lari dalam guni, boling buah 'nyok', basikal lambat dan banyak lagi.

Berikut ialah antara gambar- gambar sepanjang temasya sukan tersebut:




Lari dalam guni, kelihatan dalam gambar ustaz Sofi (kanan sekali)




Antara hadiah yang bakal dibawa pulang oleh para pemenang




Form 6 sebahagian besar adalah urusetia temasya




Abang Li (Zuhaili form6) bersama Ustaz Aminuddin




Ustaz Khairuzi khusyuk melihat anak-anak didiknya beraksi

Read more...

Thursday, January 27, 2011

Malam Pelancaran Seni Silat Gayong Malaysia MMPS Sesi 2011


Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 27 Januari - Pelancaran Seni Silat Gayong Malaysia MMPS bagi sesi 2011 dilancarkan di dewan MMPS pada waktu malam.


Gambar : Pengarah Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia MMPS sesi 2011



Majlis pelancaran bermula jam 9.30 malam hingga jam 10.30. malam dan majlis tersebut dimulakan dengan bacaan pembuka majlis surah al-Fatihah diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Persatuan Seni Silat Gayong MMPS dengan nama panggilan Khairul Imran. Dalam ucapan beliau, beliau memberi nasihat serta kata semangat kepada ahli-ahli baru dan lama, antara isi ucapan beliau adalah tujuan sebenar pembelajaran silat ini adalah untuk mempertahankan diri di samping memanfaatkan ilmu silat untuk tujuan kebaikan dan bukannya untuk bermegah-megah dan menyusahkan masyarakat di sekeliling.



Setelah selesai ucapan beliau , majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penasihat Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia MMPS iaitu Ustaz Thalib bin Md Rejab. Antara isi ucapan beliau, beliau menyokong ucapan yang dibuat oleh pengarah persatuan disamping memberi perangsang kepada ahli persatuan bahawa persatuan silat ini merupakan antara aktiviti kokurikulum yang mampu membantu markah kokurikulum dalam proses untuk kemasukan ke universiti-universiti tempatan.

Antara aktiviti lain dalam majlis pelancaran tersebut ialah pemberian watikah kepada pengarah persatuan sesi 2011, taklimat oleh jurulatih silat iaitu Salleh, latihan silat ahli putera, aktiviti qiamullail beramai-ramai dan beberapa aktiviti lain lagi. Wallahua'lam.

Read more...

Hari Gotong-royong Warga MMPS 2011













MAKTAB MAHMUD POKOK SENA , Langgar 27 JANUARI - Hari bergotong-royong warga Maktab Mahmud Pokok Sena berlangsung pagi tadi bermula dari jam 7.45 pagi dan berakhir jam 2 petang. Gotong-royong tersebut disertai oleh warga Maktab Mahmud Pokok Sena dalam usaha membersihkan kawasan persekitaran sekolah untuk keselesaan pembelajaran yang kondusif dan selesa disamping mengamalkan sabda nabi bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Bermula aktiviti awal pagi seperti biasa iaitu perhimpunan harian pelajar bagi bacaan Ma'thurat dan mengalunkan nasyid Asmaul Husna secara berjemaah di sekolah oleh para pelajar dan guru-guru MMPS. Setelah majlis perhimpunan harian tersebut selesai, pembahagian kawasan untuk kerja-kerja pembersihan dibuat oleh guru MMPS. Antara lain , majlis gotong-royong itu diselitkan dengan aktiviti bersukan sesama penuntut ilmu MMPS bagi merehatkan minda dan beramah mesra sesama pelajar.




Berikut adalah antara gambar-gambar sepanjang aktiviti gotong-royong berlangsung:



Guru-guru lelaki sedang berbincang sesuatu




Senior-senior ting.6 sedang mengemas bilik guru lelaki





Pelajar Ting.5 membersihkan kawasan belakang Blok C




Sebahagian pelajar MMPS khusyuk membersihkan kawasan sekolah





Read more...

Friday, February 12, 2010

Penyampaian watikah perlantikan pengawas

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 8 FEB - Perhimpunan Ahad yang telah ditangguhkan kelmarin berikutan keadaan dataran yang ditakungi air dapat diadakan pada hari ini. Perhimpunan pada hari ini menyaksikan penyampaian watikah perlantikan pengawas-pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan. Watikah disampaikan oleh Puan Pengetua, Puan Penolong Kanan Akademik dan Tuan Penolong Kanan HEM.

Ketua guru disiplin Ust Abdul Rahim juga telah mengumumkan bahawa Panel Pemilihan Pengawas 2010 yang diketuai oleh Ybhg PK HEM Ust Firdaus telah bersetuju melantik Mohd Sofi B. Hashim sebagai ketua pengawas sesi 2010. Manakala Penolong Ketua Pengawas pula ialah Nursyahadah Bt. Syamsul Amri.

Majlis pada hari ini juga telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam ujian pengukuhan bahasa arab 2010. Perhimpunan disudahi dengan bacaan ikrar oleh semua pimpinan pelajar sekolah yang diketuai oleh ketua pengawas.

Read more...

Temasya Sukan Berakhir

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 11 Feb - Temasya sukan peringkat MMPS yang telah berakhir kelmarin menyaksikan Rumah Thoriq menjadi johan keseluruhan putera manakala johan keseluruhan puteri pula menyebelahi Rumah Ayyubi. Majlis Penyampaian Hadiah yang diadakan pada hari Rabu kelmarin turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG En Abdul Kadir. Krew BuletinMMPS mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memenangi acara yang telah dipertandingkan, kepada yang tidak memenangi apa-apa acara tahniah atas semangat kesukanan anda. Syabas kepada semua guru-guru atas penganjuran sukan MMPS 2010. Gambar sepanjang temasya sukan 2010 akan menyusul nanti harap bersabar.

Read more...

Monday, February 1, 2010

Temasya sukan sudah bermula

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 1 Feb - Temasya sukan MMPS 2010 bermula pada hari ini menyaksikan pertandingan ping pong dan bola tampar putera bawah 15 antara rumah-rumah sukan. Ramai guru-guru lelaki turun memantau perjalanan pertandingan membantu penyelaras sukan MMPS Us Zuhairi Ibrahim.
Us Zuhairi ketika ditemui menyatakan kegembiraan kerana penganjuran sukan pada kali ini dapat menyediakan dua pasang tiang gol futsal. Tiang yang baru siap ditempah tersebut ditempatkan di kawasan lapang yang baru ditambun ketika cuti baru-baru ini.
Kemeriahan sukan kali turut diserikan dengan perlawanan persahabatan bola jaring antara MMPS dengan pasukan bola jaring Pusat Kesihatan Langgar.

Perlawanan bola tampar dan ping pong yang berlangsung petang tadi.



Kelihatan padang ala togo dan tiang gol yang baru tiba pagi tadi.












Tiga teruna pingitan yang turut hadir memberi sokongan moral.

Read more...

Thursday, January 28, 2010

Temuduga Pengawas

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 26 Jan. - Banyak perkara baru yang harus disusun semula oleh sekolah selepas bermulanya sesi 2010. Perkara utama ialah Badan Pengawas dan Tatatertib.

Pengawas merupakan organisasi kedua yang paling penting dalam sekolah untuk menolong guru-guru dan pihak sekolah bagi mengawal disiplin sekolah di MMPS. Oleh sebab pengawas yang tahun lepas pergi meninggalkan sekolah ini, maka badan pengawas tidak cukup ahli untuk mengawal sekolah ini.

Pada hari ini telah diadakan pemilihan pengawas dari setiap tingkatan..di MMPS, pengawas hanya akan dilantik dari kalangan tingkatan 3, 4, 5 dan 6 sahaja. Ramai pelajar yang telah ditemuduga untuk pemilihan pengawas layak dan sesuai..pemilihan dibuat oleh guru-guru pengawas sendiri..antaranya ialah Ust Firdaus, Ustaz Abd Rahim, Ust Izuan, Ustzh Aminah, Ustzh Zuraina dan beberapa orang lagi guru.

Harapan pihak sekolah kepada pengawas yang dilantik dan pengawas yg masih menjadi pengawas sekolah dapat memberi komitmen yang jitu kepada pihak sekolah..dan cuba untuk menjaga nama baik sekolah..MMPS

Read more...

Orientasi Tingkatan Satu 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 13/14 Jan. - Semua pelajar tingkatan satu sesi 2010 dikumpulkan untuk terlibat dalam minggu orientasi form 1 atas kerjasama Ustaz Firdaus dan guru-guru kelas tingkatan 1 serta pengawas tingkatan 6 sebagai fasilitator kepada adik-adik..

Orentasi ini berjalan selama 2 hari dgn jayanya. Program ini adalah bertujuan untuk mengenalkan pelajar-pelajar tingkatan 1 tentang Maktab Mahmud Pokok Sena dengan lebih mendalam. Di samping itu program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar tentang sejarah sekolah ini serta peraturan yg harus di ikut oleh pelajar-pelajar yang bergelar pelajar MMPS..

Ustaz Abd Rahim telah menyusun pelbagai aktiviti yg menarik. Antaranya ialah taaruf berkelompok untuk memberi keupayaan kepada pelajar-pelajar untuk berkenal-kenalan dan ikut arahan yg diberikan kpd mereka. Selepas itu,mereka diberi kump masing-masing untuk melakukan latihan dlm kumpulan bagi membincangkan kisah akibat salah pergaulan..tujuannya adalah untuk membentuk pelajar-pelajar disini drpd salah memilih kawan apabila berada di sini. Seterusnya,mereka diisi dgn satu permainan yg memerlukan semangat kerjasama dlm kumpulan.

Hari kedua program orentasi tersebut,pihak penganjur mengadakan satu explorace mengelilingi satu maktab mahmud pokok sena ini. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mendedahkan identiti maktab mahmud pokok sena kepada pelajar-pelajar. Program ini diakhiri dgn persembahan oleh setiap kumpulan.

Harapan agar pelajar tingkatan satu dapat mengubah suasana MMPS menjadi maahad yang terbaik diantara maahad. InsyaAllah..

Read more...

Monday, January 25, 2010

Pendaftaran Tingkatan 6

Maktab Mahmud Pokok Sena,Langgar,10 Jan.-Pada hari tersebut proses kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6 dari serata maahad.Secara keseluruhannya,Maktab Mahmud mengandungi 12 cawangan dan hanya 3 Maktab Mahmud yang mengambil kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 6(STAM) iaitu:

Maktab Mahmud Alor Star
Maktab Mahmud Pokok Sena
Maktab Mahmud Pendang

Diantara Maahad yang terpilih untuk menyambung pengajian tingkatan 6 di Maktab Mahmud Pokok Sena ialah Maktab Mahmud Padang Terap,Kulim,Kuala Muda,Sik,Baling,Merbok dan Langkawi.Selebihnya ke Maktab Mahmud Alor Star.Maktab Mahmud Pendang hanya di khaskan untuk pelajarnya sahaja.Pendaftaran bermula pada pukul 9.00pagi bertempat di blok A,kelas masing-masing.Diantara guru-guru yang terlibat untuk menguruskan pendaftaran ialah Ustaz Abdullah b. Taib(guru kelas 6 Adil),Cikgu faradilla bt.Shamsul Tarji(guru kelas 6 Amanah),dan Ustaz Muhaizam(guru kelas 6 Arif).
Sebanyak 180 orang yang ditawarkan untuk meneruskan pengajian Tingkatan 6(STAM),tetapi hanya 133 orang yang mendaftarkan diri pada minggu tersebut.

Read more...

Friday, January 8, 2010

Program Asas Bahasa Arab 2010 telah berakhir

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 7 Jan. - Hari ini telah berakhir Program Asas Bahasa Arab 2010 yang telah berlangsung selama 4 hari. Pada akhir program semua pelajar telah diwajibkan mengikuti ujian pengukuhan sebagai penilaian kepada keberkesanan program. Ujian tersebut diadakan secara berasingan antara pelajar menengah rendah dan menengah atas, walaubagaimanapun mereka diberikan kertas yang sama.

Pelajar-pelajar yang mendapat markah tertinggi akan diberi hadiah selepas melalui ujian pengukuhan kedua pada minggu hadapan. Rata-rata guru yang ditemui menyatakan bahawa program tersebut memang baik dan wajar diteruskan tetapi biarlah teratur dan tersusun sedikit. Pihak penganjur memberi jaminan akan menguruskan dengan lebih baik pada tahun hadapan.

Read more...

Tuesday, January 5, 2010

MMPS bernafas dalam lumpur ??

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 5 Jan. - Hujan yang turun semalam menyebabkan kawasan paya yang ditimbun dengan tanah mula berair manakala kawasan sekeliling surau pula berselut. Perkara ini menyebabkan pergerakan pelajar-pelajar MMPS terganggu dan kelas-kelas mula kotor dan berhabuk akibat selut yang melekat dikasut masing-masing.

Menurut beberapa orang guru lelaki yang ditemubual oleh krew buletinmmps jika hujan turun berlarutan maka tanah yang ditimbun lebih daripada 500 lori tersebut akan mula bertukar menjadi paya kembali. Ini kerana tanah tersebut tidak mencukupi dan belum meratai semua kawasan. Guru-guru lelaki mengharapkan agar projek ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Read more...

Monday, January 4, 2010

Program Asas Bahasa Arab 2010


MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 4 Jan. - Semua pelajar-pelajar MMPS pada minggu ini akan mengikuti kursus asas Bahasa Arab 2010. Kursus ini dianjurkan oleh Badan Bahasa Arab MMPS bagi mengukuhkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Penekanan kepada hafazan dan pemahaman matan ajrumiyah pada باب معرفة علامات الإعراب yang menjadi asas utama kepada penguasaan Bahasa Arab. Kursus melibatkan semua ustaz dan ustazah di MMPS.

Program yang dijalankan secara menyeluruh dengan melibatkan semua tingkatan kecuali pelajar baru tingkatan satu. Harapan agar permulaan yang baik ini akan membuahkan hasil yang baik. Para pelajar kelihatan bersemangat dan memberi kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kursus ini akan berlangsung selama empat hari bermula pada hari isnin sehingga hari khamis ini.

Suasana hari pertama program dijalankan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini merupakan laman rasmi Buletin MMPS yang diletakkan di bawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Tatatertib MMPS 2010.
Segala cadangan saranan boleh email kepada buletinmmps@gmail.com

Dokumen Pengawas

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP