Pages

Showing posts with label Berita Guru. Show all posts
Showing posts with label Berita Guru. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

Taklimat Ko-kurikulum 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 6 Jan. - Unit Kokurikulum MMPS membuka tirai 2010 dengan taklimat ko-kurikulum untuk tahun 2010 yang telah disampaikan oleh PK Kokurikulum Cikgu Norbayah Bt Abd Razak di bilik mesyuarat MMPS hari ini. Dalam taklimat tersebut Cikgu Norbayah turut mengumumkan nama guru-guru yang diamanahkan untuk menjadi guru pengelola bagi setiap badan dan persatuan, kelab sukan dan unit beruniform.

Banyak pertukaran yang berlaku berbanding tahun lepas, antaranya Us Abd Halim diamanahkan menjadi guru pengelola BDK menggantikan Us Abdullah Talib, manakala Ust Abdullah Talib pula diamanahkan sebagai guru pengelola Pertinam. Us Aminuddin pula mengetuai PBSM menggantikan Us Izuan dan banyak lagi pertukaran yang diharapkan dapat merancakkan lagi aktiviti kokurikulum di MMPS sepanjang tahun ini.

Pada taklimat tersebut juga menyaksikan perlantikan SU Kokurikulum yang baru iaitu Cikgu Shahrani Bt. Salleh. Cikgu Norbayah mengakhiri taklimat pada hari ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih semua guru yang memberi kerjasama yang baik.

Read more...

Friday, January 1, 2010

Mesyuarat Guru kali 1

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, Langgar 30 Dis. - Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena Puan Zaiton Bt Ismail memaklumkan bahawa keputusan pencapaian peperiksaan PMR 2009 menunjukkan peningkatan yang membanggakan. 5 subjek lulus 100% berbanding hanya 2 subjek pada tahun lepas, 2 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang 8A 1B. Beliau melaporkan pencapaian tersebut pada mesyuarat guru kali 1 2010. Mesyuarat kali pertama ini bermula kira-kira jam 9.15 pagi telah membincangkan beberapa perkara penting sebagai persediaan tahun 2010. Antaranya ialah tentang visi dan misi sekolah yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Mesyuarat dihadiri oleh PK Akademik Puan Rosmaliza Bt. Abu Bakar, PK HEM Ust Firdaus Zainol, PK Kokurikulum Puan Norbayah Bt Abd. Razak, guru-guru kanan dan semua guru-guru MMPS.

Dalam mesyuarat tersebut Puan Pengetua juga memaklumkan pertukaran Cikgu Siti Fairuz ke Maktab Mahmud Merbok (MMMK) dan Cikgu Masliza ke Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS) manakala 2 orang guru ditukarkan ke MMPS ialah Ust Aminuddin dari Maktab Mahmud Bandar Baru (MMBB) dan Cikgu Azian dari MMMK.

Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.



Wajah-wajah guru yang sangat bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan 2010.


Antara pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia memberi khidmat bakti kepada MMPS. Menguruskan koperasi sekolah membantu guru-guru sebelum bermula sesi persekolahan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini merupakan laman rasmi Buletin MMPS yang diletakkan di bawah seliaan Unit Penerangan Badan Pengawas dan Tatatertib MMPS 2010.
Segala cadangan saranan boleh email kepada buletinmmps@gmail.com

Dokumen Pengawas

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP