Malam Pelancaran Seni Silat Gayong Malaysia MMPS Sesi 2011
Maktab Mahmud Pokok Sena, Langgar 27 Januari - Pelancaran Seni Silat Gayong Malaysia MMPS bagi sesi 2011 dilancarkan di dewan MMPS pada waktu malam.
Gambar : Pengarah Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia MMPS sesi 2011
Majlis pelancaran bermula jam 9.30 malam hingga jam 10.30. malam dan majlis tersebut dimulakan dengan bacaan pembuka majlis surah al-Fatihah diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Persatuan Seni Silat Gayong MMPS dengan nama panggilan Khairul Imran. Dalam ucapan beliau, beliau memberi nasihat serta kata semangat kepada ahli-ahli baru dan lama, antara isi ucapan beliau adalah tujuan sebenar pembelajaran silat ini adalah untuk mempertahankan diri di samping memanfaatkan ilmu silat untuk tujuan kebaikan dan bukannya untuk bermegah-megah dan menyusahkan masyarakat di sekeliling.
Setelah selesai ucapan beliau , majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penasihat Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia MMPS iaitu Ustaz Thalib bin Md Rejab. Antara isi ucapan beliau, beliau menyokong ucapan yang dibuat oleh pengarah persatuan disamping memberi perangsang kepada ahli persatuan bahawa persatuan silat ini merupakan antara aktiviti kokurikulum yang mampu membantu markah kokurikulum dalam proses untuk kemasukan ke universiti-universiti tempatan.
Antara aktiviti lain dalam majlis pelancaran tersebut ialah pemberian watikah kepada pengarah persatuan sesi 2011, taklimat oleh jurulatih silat iaitu Salleh, latihan silat ahli putera, aktiviti qiamullail beramai-ramai dan beberapa aktiviti lain lagi. Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment